Instafamous, Nur Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan muat naik foto terbarunya di laman Instagramnya sedang bercuti di Maldives.
Ameera yang juga merupakan adik kepada pelakon dan pengacara, Neelofa kelihatan sungguh cantik sekali di dalam foto-foto tersebut.
Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Ameera di dalam foto tersebut.
Bagaimanapun, masih ada lagi nasihat-nasihat berguna netizen pada Ameera terutama sekali berkaitan dengan auratnya.
Ini bukanlah kali pertama Ameera dinasihati netizen, sebelum ini pun sudah banyak kritikan dan kecaman yang diterimanya, namun dia kekal tabah dan menghadapi kesemuanya.
Foto/Instagram: Ameera Khan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI