Pelakon, Elfira ada memuat naik satu rakaman video ketika sedang mengajar anak tunggalnya, Muhammad Rayya Khalaf menyebut nama haiwan dalam bahasa Inggeris.
Di samping itu, pelakon berusia 27 tahun ini menjelaskan perkongsian tersebut dibuat agar dapat menjadi contoh dan panduan kepada para ibu di luar sana.
“Let’s study with Rayyan! Sharing this for memories . Nasib baik dulu el rajin record semua milestones rayyan , bila orang tanya el pasal rayyan , el suruh refer je pada page @muhamadrayyankhalafofficial .
“If you want to post about your child , just post it! Jangan takut orang cakap ini cakap itu. Im glad other mothers shares too dari situ banyak el belajar and refer. Tapi jangan jadikan benchmark untuk anak kita pulak. Setiap anak terdedah pada environment yang berbeza-beza.
“Kalau dia tak biasa tengok benda tu tetiba kita nak dia cakap jugak benda tu , susahkan . So kita belajar dari minat anak kita and polish je dari situ. #1year5monthsold,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara didikan Elfira dan kepandaian Rayyan bertutur dalam bahasa Inggeris.
Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan telah selamat bergelar ibu selepas melahirkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf secara normal pada 1 Oktober 2019.
Foto: Instagram Elfira Loy
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lepas Ni Tak Cerialah Tak Dengar Suara Abang Jem,”- Selepas 13 Tahun, Salleh Yaccob Undur Diri Dari Sinar.fm
Sebentar tadi, pelawak senior dan penyampai radio, Salleh Yaccob mengumumkan pengunduran dirinya daripada Sinar.fm.
Difahamkan, bintang senior itu mengambil keputusan tersebut selepas lebih 13 tahun berkhidmat bersama stesen radio berkenaan.
Menurut Salleh, 13 tahun itu sudah terlalu lama dan dia juga mahu memberi peluang kepada generasi baru untuk menggantikan tempatnya.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagram rasmi Sinar.fm.
View this post on InstagramA post shared by SINAR (@sinar_my) on
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pendengar Sinar.fm selama 13 tahun saya di Sinar.fm.
“Andalah peneman saya dan saya rasa seronok bersama dengan Sinar.fm dan hari ini adalah hari yang terakhir.
“Kenapa saya berhenti kerana sudah cukup selama 13 tahun yang merupakan jangka masa yang panjang dan munkin sudah tiba saya ke arah baru dan beri peluang kepada orang lain,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar pengumuman pelawak tersebut.
Apapun, kita harus tetap menghormati keputusan Salleh dan selamat maju jaya MH ucapkan kepada abang Salleh untuk apa jua bidang yang akan diceburinya selepas ini.
Abang Jem tetap di hati!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Che Hafiz Tegur Lufya “Jangan Jadikan Anak Sebagai Mangsa Keadaan!”
Dr Che Muhammad Hafiz menasihati Lufya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumah tangga yang hadapi ketika ini.
Malah Dr Hafiz turut tidak mahu memberikan kenyataan berkaitan konflik yang berlaku kerana ia secara langsungboleh mengganggu prosedur yang dilakukan pihak mahkamah.
“Berkenaan dengan kes mahkamah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada Mahkamah dalam menimbangtara kes kami,” katanya.
“Berhubung kenyataan peguamnya mengenai lafaz cerai yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hukum syarak dan undang-undang mengenai situasi sebenar yang berlaku.
“Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan penceraian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan cerai kepadanya.
“Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguamnya,” jelasnya lagi.
Terkesan dengan pelbagai kata-kata serta persepsi sesetengah pihak, Dr Hafiz juga meminta Lufya agar berhenti dari membuat kenyataan kepada pihak media.
Dr Hafiz sebaliknya menjelaskan, andai apa yang diperkatakan itu benar, boleh buktikan di mahkamah.
“Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya.
“Sebaliknya buktikan di Mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumahnya.
“Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.
“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.
“Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak,” tambahnya.
Sementara itu, Dr Hafiz meminta Lufya agar jangan pisahkan haknya sebagai bapa untuk bersama anak tunggal mereka.
“Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.
“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” akhiri Dr Hafiz.
Dr Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya yang juga seorang penyanyi dan pelakon pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Foto: Instagram Dr Hafiz, Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat,” – Syamsul Yusof
Sekian lama berdiam diri, akhirnya pengarah dan pelakon Syamsul Yusof tampil memberi penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini.
Menerusi laman Instagram miliknya, Syamsul, 39, memuat naik sebuah video mengatakan dia akan memberikan titik noktah terhadap permasalahan yang melibatkan kehidupan peribadinya dalam masa terdekat ini.
“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini.
“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kemelut rumah tangga). Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih.
“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah,” katanya.
Dilahirkan dalam keluarga seni, Syamsul akui kehidupan peribadinya tidak dapat lari daripada menjadi tatapan umum.
Susulan itu, dia akan tampil menjelaskan segala-galanya berhubung masalah ‘dalam kain’ selepas ini walaupun mengakui ia adalah satau perkara yang tidak manis untuk dikongsikan kepada khalayak ramai.
“Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.
“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya,” katanya lagi.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa disebabkan kehadiran orang ketiga dipercayai Ira Kazar yang merupakan anak pelakon senior, Kazar Saisi.
Terdahulu, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI