Selepas satu posting yang dimuat naik ibu kepada Aiman Tino, iaitu Hazelina Mat Jalil yang seolah-olah terkilan atas sikap Aiman yang sukar dikesan dan dihubungi lalu mengabaikan dunia seni, penyanyi berkenaan tampil menjelaskan salah faham.
Memetik BH Online, Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, menjelaskan apa yang berlaku atas khilafnya sendiri.
“Semuanya salah faham dan khilaf atas diri sendiri. Tabiat saya sejak dahulu lambat membalas mesej diterima melalui WhatsApp dan menjawab panggilan lalu timbul andaian itu dan ini.
“Ini termasuk Mama yang meluahkan perasaan di IG. Saya ada kalanya terlupa hendak membalas panggilan orang lain dan mengabaikan mesej diterima,” katanya.
Terdahulu, hantaran yang dibuat Hazelina melalui Instagram itu menjadi perhatian peminat sejak malam tadi.
“Perkara begini yang saya ambil mudah membuatkan orang lain termasuk ibu bapa terkilan… Sampai mereka boleh fikir macam-macam,” katanya yang segera pulang ke rumah keluarga di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk meleraikan masalah.
Pada masa sama, penyanyi lagu Dendam Simpati ini turut menyedari sikap sambil lewanya itu memberi kesan kepada ramai pihak termasuk ahli keluarganya.
“Saya mengaku sikap begini mendatangkan masalah kepada karier. Ibu bapa mana yang tidak risau jika berdepan kelakuan anak begini.
“Saya harap tabiat ini dapat diubah demi kebaikan. Saya tak boleh fikir mudah dan ambil ringan perkara yang sebenarnya penting hingga boleh menyusahkan orang lain,” katanya.
Menjawab dakwaan konon dikongkong gadis dikenali sebagai ‘Farah’, Aiman mengaku mereka berkenalan atas urusan kerja.
“Apa yang terjadi tidak perlu babitkan dia atau orang luar. Macam saya cakap, semua ini silap sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aiman bakal tersebut di dalam konsert virtual, ITSU 360 Care U yang bakal distrim secara langsung dari Mega Star Arena, pada 20 Februari depan.
Selain Aiman, konsert tersebut turut membariskan beberapa artis terkenal tanahair seperti Ella, Wany Hasrita, Naim Daniel dan Ernie Zakri.
Sumber, Foto: BH Online, Intagram Aiman Tino
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior Edika Yusof mengakui dirinya kurang selesa apabila dirinya kerap dijadikan bahan perbandingan dengan orang lain.
Ini kerana baginya, setiap pasangan berkahwin itu ada ujian yang tersendiri dan masing-masing perlu tahu tanggungjawab.
“Sebenarnya, saya tidak gemar apabila ada yang membandingkan saya dengan rakan selebriti lain. Bukan apa, saya kasihan rakan yang menjadi mangsa perbandingan. Soal setia mahupun curang bukan terletak pada rupa paras, tetapi rasa tanggungjawab.
“Cabaran sentiasa, pasangan yang berkahwin umpama dua makhluk asing yang tinggal dalam satu rumah. Tidak akan selalu sependapat dan setiap orang ada masalah tersendiri.
“Bagaimanapun, sebaiknya sah bergelar suami isteri bermakna kita harus menandatangani perjanjian berdepan dengan pelbagai dugaan hidup bersama-sama.
“Semua orang sama sahaja, cuma terserah kepada individu sama ada mahu bertanggungjawab ataupun tidak.
“Perkahwinan ibarat sebuah syarikat, sebaik sahaja bersetuju untuk membina syarikat, daripada tidak ada modal kita sama-sama membinanya hingga berjaya,” kata suami kepada Nor Hidayah Yusri ini memetik BH Online.
Terdahulu, Nor Hidayah diuji ketika melahirkan cahaya mata kedua apabila menghidap penyakit meningitis hingga menyebabkannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun, diikuti lumpuh separuh badan.
Sementara itu, bintang berusia 53 tahun itu menjelaskan, dia tidak pernah menyorokkan sebarang rahsia daripada pengetahuan pasangannya.
Malah, katanya, dia tidak pernah menghalang isteri daripada memeriksa telefon bimbit, lebih lagi, tiada rahsia yang perlu disembunyikan.
“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.
“Sejak mula isteri sakit, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada yang menghantar mesej langsung dalam laman sosial, tetapi saya tidak melayannya. Ada antara mereka yang berani menghubungi saya, tetapi saya akan menyerahkan telefon kepada isteri untuk menjawabnya,” katanya.
Sepanjang tempoh berumah tangga, dia turut melakukan semua perkara termasuklah menguruskan perniagaan percetakan, produk kecantikan dan menguruskan anak-anak bersama isterinya.
“Kerja rumah, memasak, membeli barang, bekerja, segala-galanya dilakukan bersama. Segala kekurangan dalam diri juga diperbaiki bersama-sama.
“Jadi, tiada apa yang perlu disorokkan dengan isteri. Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa tuhan. Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” katanya lagi.
Sementara itu bagi Nor Hidayah, tipu jika sebagai isteri tidak merasa curiga. Namun, dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami kerana cukup mengenalinya.
“Edika, seorang lelaki yang sangat berterus terang. Jika ada perkara yang tidak kena, dia tidak akan menyorokkan perasaannya.
“Hendak kata tiada risau, sedikit sebanyak tentulah ada kerisauan. Cuma, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kerana amat mengenalinya. Suami tidak pandai menyembunyikan perasaannya. Jika tak suka, dia akan berterus terang.
“Jika menyampah dengan seseorang, dia juga akan beritahu saya. Suami seorang yang sangat ‘gentleman’, semua hal dikongsikan dengan saya,” katanya.
Nor Hidayah berkata, dia tahu ramai yang cuma mendekati suami ketika dirinya terlantar. Malah, ada yang menyuruh suami berkahwin lagi.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi saya tak pernah berputus asa sejak hari pertama sakit. Mujurlah, saya tidak mengalami kemurungan.
“Bagi saya, tiada masa mahu termenung dan meratapi dugaan yang berlaku, sebaliknya, saya lebih memikirkan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang pernah terlintas difikiran suruh suami cari pengganti, tetapi mana-mana wanita tentu sukar untuk menerimanya. Tetapi, saya hanya fikir ‘move on’ dan terima sahaja,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.
Sumber, Foto : BH Online, Instagram Edika Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hannah Delisha mengejutkan ramai apabila memuat naik dua keping foto yang merakamkan dirinya mengenakan baju nikah bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Imam Shah.
Menerusi ruangan kapsyen yang dikongsikan bintang ini lebih sejam lalu, dia menzahirkan rasa syukur selepas lima tahun menjalin hubungan.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.