Sedang hangat ketika ini drama bersiri Hero Seorang Cinderella yang ditayangkan di Astro, bukan sahaja drama itu yang hangat namun kini hero dan heroinnya juga turut hangat digilai oleh peminat.

Fattah Amin selaku hero dalam drama tersebut telah menyatakan bahawa hubungannya dengan heroin drama tersebut, Fazura semakin rapat dan kini mereka sedang dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

‘Cinta Datang Tanpa Paksaan’ – Fattah Amin

Menurut Fattah dia juga mengakui sudah bertemu dengan keluarga Fazura untuk mengenali pelakon wanita itu dengan lebih rapat.

Terus terang buat masa ini kami senang untuk berkawan dan mula mengenal hati budi masing-masing. Saya dah jumpa keluarga Fazura begitu juga sebaliknya.

 

“Buat masa ini semuanya amat positif. Jadi untuk pergi jauh lagi, itu kuasa Allah. Kalau dialah jodoh saya, tidak salah untuk saya terima,” katanya.

‘Cinta Datang Tanpa Paksaan’ – Fattah Amin

IKLAN

Perwatakan Fazura yang dikatakan menarik oleh Fattah membuatkan dirinya selesa untuk berkawan rapat di luar set dan ingin mengenali Fazura dengan lebih rapat. Selain itu Fattah juga turut menyatakan Fazura adalah seorang wanita yang baik.

“Dia seorang wanita yang sangat positif. Aura itu yang menyebabkan saya sedia untuk bekerjasama. Itu juga merupakan ciri-ciri wanita yang saya idamkan selama ini,” jelas Fattah.

‘Cinta Datang Tanpa Paksaan’ – Fattah Amin

Ada segelintir pihak yang beranggapan hubungan Fattah dan Fazura ini hanyalah satu strategi untuk mempromosikan drama tersebut dan ia hanya sekadar cinta lokasi.

IKLAN

Namun Fattah berkata, perasaan cinta dan keserasian itu perlu wujud dan akan datang dengan sendiri tanpa sebarang paksaan.‘Cinta Datang Tanpa Paksaan’ – Fattah Amin

Sumber: Utusan Malaysia

IKLAN

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram:mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

 

https://www.instagram.com/p/BU7aOBslLqS/?tagged=heroseorangcinderella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI