Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita kesakitan. Penyanyi veteran, Uji Rashid memberitahu bahawa ada pihak yang telah menganiaya anaknya yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi, Cico Harahap sehingga jatuh sakit dan sukar untuk bercakap.

Namun Uji berkata, dia reda dengan ketentuan takdir ini walaupun tidak mengetahui niat sebenarnpihak tersebut sehingga menganiaya anaknya sedemikian rupa.

“Ini takdir dan ketentuan Allah. Cico dianiaya dan saya reda,” katanya.

Dakwaan Uji mengatakan anaknya telah dianiaya adalah apabila telefon bimbitnya turut dirosakkan dan direndam di dalam asid sehingga merosakkan bahagian dalam telefon bimbit tersebut.

Katanya lagi, kejadian berlaku pada malam 25 Disember tahun lalu selepas Cico keluar untuk bertemu dengan rakan-rakannya.

“Saya sukar nak cakap apa yang berlaku kerana tiada di tempat kejadian. Saya difahamkan pihak terbabit meletakkan sesuatu dalam minumannya.

 

“Saya juga tidak pasti siapa yang menghantarnya pulang. Bukan cara elok tapi dia ditinggalkan dekat pintu dan Cico merangkak masuk ke dalam rumah,” katanya.

Selepas kejadian pada malam itu, Cico dibawa untuk mendapatkan rawatan di hospital dan selain itu juga dia telah menjalani perubatan Islam dan kini Cico dikatakan semakin pulih cuma dia berasa sakit apabila mahu berbicara.

IKLAN

‘Cico, Merangkak Masuk Dalam Rumah’ – Uji Rashid

Menurut Uji lagi, pada awal kejadian ini, Cico tidak kenal ibunya dan juga anaknya yang berusia lapan tahun, Rindu Nur Fitrah. 

“Kami bagi dia minum air zam zam, air bacaan yasin dan air penawar yang diberikan oleh orang. Kami juga minta tolong pada mereka yang sudi membantu,” katanya.

Walau bagaimanapun Uji berkata, sebelum ini dia enggan membuka mulut tentang perkara ini kerana tidak mahu ada pihak yang tersalah tafsir mengenai keadaan yang menimpa Cico.

IKLAN

Bagi dirinya ini adalah ketentuan Tuhan dan semuanya berlaku atas izinNya. 

Sempat juga Uji meminta semua untuk mendoakan yang terbaik dan jangan bercakap yang bukan-bukan.

IKLAN

Pelakon Ashraf Muslim juga dikatakan antara salah seorang yang turut memberi bantuan kepada Cico.

Marilah kita bersama-sama mendoakan Cico agar segera pulih daripada kesakitan yang ditanggungnya dan kembali sihat seperti sediakala.

Sumber: Harian Metro

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI