Chop! Sebelum Ada Scha & Neelofa, Aleeza Kasim Terlebih Dulu Pancing Perhatian Lepas Jadi Dewi Remaja, 20 Tahun Dulu

Share

Pencinta seni hiburan tempatan pastinya mengenali figura seksi, Aleeza Kasim sangat sinonim dengan penampilannya yang trendy dan sentiasa up to date, sesuai dengan penglibatannya dalam dunia modeling.

Meski sudah mencecah usia 48 tahun, namun anak kelahiran Kuala Lumpur seperti tidak dimakan usia, malah tampak kekal aktif dengan kehidupannya sehari-hari.

Yang paling penting, sebelum bermulanya era Scha Alyahya dan Neelofa, namanya memang disebut-sebut sejurus menjuarai program realiti Dewi Remaja 1987/88.

Selain Aleeza, beberapa nama sinomim lain yang turut mencuba nasib dalam pencarian tersebut pada edisi sama ialah Azah Aziz dan Sharifah Shawati.

Jadi, jom lihat gambar-gambar terkini Aleeza itu yang kekal cantik, slim dan hot!

Selain itu, Aleeza juga pernah membintangi beberapa filem seperti Panas, XX-Ray dan Cinta Kolesterol.

Terkini, pencarian Dewi Remaja 2019/19 kini bermula. Seramai 12 para gadis kini mengejar cita-cita merebut gelaran Dewi Remaja terbaru. Saksikan program realiti berkenaan setiap hari Ahad pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104.

Foto : Instagram Aleeza Kasim

IKLAN