Lebih 10 tahun terlibat dalam dunia perniagaan, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pengasas Secret Desire, Cheta Potpet sebenarnya terlebih dulu turut aktif dalam nyanyian selain pernah bergelar ‘mak andam’.
Cheta Potpet, 35, atau nama sebenarnya, Rozita Baharom berkata, pengalaman yang kutip bersama kumpulan Tribute Crew menjadi penggerak buat dirinya untuk meneruskan minat menyanyi dengan menghasilkan single sulung, Aku Yang Kau Mahu.
“Saya bermula dari bawah sebenarnya, bukan secara tiba-tiba berada pada kedudukan sekarang. Sekitar 2012 pada usia 21 tahun, saya aktif buat persembahan bersama ‘live band’ yang dikenali sebagai Tribute Crew.
“Waktu itu selain berjinak-jinak dalam dunia nyanyian, saya kerap juga buat mekap atas sebab minat. Sajalah cari duit lebih kerana saya jenis yang kuat kerja, suka cari duit. Ada masa, saya juga uruskan soal jual beli kereta.
“Kalau nak cakap pasal hinaan dan caki maki, jangan cakaplah. Macam-macam saya pernah kena. Tapi bila dikenangkan, itulah yang jadi sumber kekuatan. Sebabnya saya percaya, selagi kita berusaha insyaAllah akan ada hasilnya. Orang luar mungkin boleh ‘judge’ tapi mereka tak kenal kita 100 peratus.
“Dalam fasa itu saya kemudian berkenalan dengan suami, Aaron Lee dan beliau yang banyak beri dorongan untuk fokus, beralih dalam bisnes kecantikan. Syukur jalan yang dipilih menjadi asbab rezeki saya sehingga ke hari ini, alhamdulillah” katanya.
Mengulas mengenai single sulungnya itu pula, anak keempat dari lima beradik ini menjelaskan ia dirakam hampir dua tahun lalu.
Ads
“Lagu Aku Yang Kau Mahu dihasilkan bersama Aepul Roza dan saya turut terlibat dalam penghasilan lirik. Lagunya berentak ‘fast’ dan rasanya genre itu serasi dengan tone suara saya. Sudah pun ada di YouTube Rusa Music dan hingga kini menerima lebih 52,000 tontonan.
“Tak sangka juga kerana saya bukanlah siapa-siapa dalam industri seni. Lagu pun tak keluar radio tapi tontonan boleh cecah puluhan ribu. Syukur sangat. Mungkin kerana ‘branding’ nama itu sendiri selain dapat sokongan pengguna Secret Disire juga.
“Jadi sekarang adalah masa sesuai untuk saya kembali berkongsi mengenainya. Kalau boleh, saya mahu Aku Yang Kau Mahu ini didengari lebih ramai pencinta muzik. Sebab saya tahu, saya mampu menyanyi dengan baik dan lagu itu pun ‘cathy’. Sayang kalau disia-siakan.
“Mungkin percubaan pertama saya ini ada yang terkurang. Tapi saya optimis sebab daripada situ kita boleh kenal pasti apa yang boleh kita tambah baik. Insya-Allah selepas ini saya rancang untuk terbitkan single kedua pula,” katanya lagi.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah pengasas kosmetik yang hanya buat lagu tangkap muat demi publisiti, Cheta bersikap terbuka.
Ads
“Itu mungkin cara masing-masing. Terpulang dan rasanya peminat kini bijak menilai. Saya sendiri bertahun-tahun ada pengalaman menyanyi secara ‘live’. Malah lagu pertama saya itu pun dibuat kerana minat yang bukan dibuat-buat. Saya memang boleh menyanyi.
“Kalau tak percaya, saya boleh sahut cabaran, nyanyi secara langsung. Sebab mungkin akan ada yang kata, saya guna ‘auto tune’ 100 peratus bagi suara lebih sedap. Benda itu memanglah ada, cuma banyak atau tidak sahaja. Tak percaya dengarlah lagu tu dan nilaikan,” katanya.
Terbaharu, namanya turut viral gara-gara mempunyai iras wajah penyanyi Ifa Raziah hingga ada yang anggap mereka adik-beradik
Ads
“Lama dah orang bercakap, wajah kami macam lebih kurang. Tahun lalu saya dan Ifa ada bertemu tapi waktu tu belum rapat lagi. Cuma masing-masing dah perasan, raut muka nampak macam sama.
“Bila dapat bekerjasama dalam satu projek tahun ini, barulah kami mulai rapat dan saya bagi saya, Ifa wanita kuat yang komited juga tegas. Dia tahu apa yang dia buat. Persamaan kami pun banyak.
“Tapi tidaklah bermakna saya nak tumpang glamor dia. Masing-masing ada personaliti sendiri. Hanya ada satu sahaja Ifa Raziah dan Cheta Potpet. Kalau wajah iras, ia hanya kebetulan. Kata orang, pelanduk dua serupa,” katanya.
Sebelum ini, hasrat penyanyi dan pelakon Janna Nick mengenai isu pembinaan pusat tahfiz dipertikai ramai pihak susulan sumber yang dikatakan haram menerusi pembabitannya dalam bidang seni.
Mengakui sedikit terkesan dengan komen-komen negatif tersebut, namun Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, tetap terus kental meneruskan pembinaan tersebut yang terletak di kampung halamannya di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Meski Terima Kecaman, Janna Mahu Teruskan Usaha Murni Bina Pusat Tahfiz!
“Saya ingin jelaskan di sini yang menggerakkan usaha ini adalah Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor yang majoritinya adalah saudara-mara saya.
“Bapa saudara saya imam di situ. Kalau ada keraguan dalam perkara ini, saya hanya bertindak sebagai jurucakap menyampaikan hasrat orang kampung untuk tubuhkan tahfiz.
“Kalau orang nak menidakkan kata halal atau haram, tujuan saya menggunakan platform yang ada ke arah kebaikan. Terpulang orang nak terima cara bagaimana,” katanya.
Menurut pelantun lagu Gatal ini, dia menanam impian untuk membantu penduduk di Kedah pula selepas ini sekiranya projek tahfiz ini berjaya dilaksanakan.
“Sebenarnya tahfiz dah ada di masjid ini. Namun sekarang kelas dibuat di masjid. Tujuan kami nak besarkan untuk bagi peluang lebih ramai yang masuk.
Tak Hanya Fokus Bantu Tahfiz, Janna Mahu Bantu Rumah Anak Yatim & Kompleks Orang Kampung
“Kami bukan sasarkan tahfiz semata-mata, tapi ada rumah anak yatim, kompleks untuk kegunaan orang kampung seperti dewan dan sebagainya.
“Itu kehendak dan persetujuan orang ramai. Saya sebagai wakil dari kampung sendiri tempat saya membesar, mengapa tidak saya bantu mereka.
“”Sebabnya saya tahu mereka dah dua tahun kumpul dana, tapi gagal akibat pandemik Covid-19. Semua orang turut terkesan.
“Itu sahaja yang saya boleh bantu. Saya buat dengan skala kecil demi kampung sendiri. Kalau berjaya, saya nak buat untuk bantu negeri kelahiran pula,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Nur Sheila muat naik foto suaminya bersama dengan bekas-bekas ahli kumpulan Kristal di laman Instagramnya, semalam.
Rupa-rupanya ada makna di sebalik foto tersebut yang ternyata menyimpan 1001 kisah.
“Meh kita cerita dalam bahasa pasar ya. Semua senang faham. Tak payah puitis-puitis sangat.
“20 tahun lepas, ini yang pernah diorang sembang-sembangkan. Tak kisahlah showcase ke, konsert ke tapi ini lah maksudnya. Melunaskan permintaan penyokong mereka. Ternyata jodoh tak panjang.
“Seorang demi seorang meninggalkan adik-beradik yang tiada pertalian darah ni. Bertegang urat? of course pernah. Dah nama adik-beradik kan?
“Tapi…mereka-mereka ni sentiasa positif bila mana tiada siapa pun boleh menidakkan ketentuan DIA.
“Industri ni kecik, pusing-pusing jumpa, jangan terlalu mendongak, jangan kipas lebih-lebih, jangan negatif lebih, orang keliling pula jangan laga-lagakan lebih-lebih.
“Jangan kira orang punya untung, kira sendiri punya untung, sebab itulah rezeki kita. Tuhan bagi bersebab kan, jadi dia tarik pun bersebab.
“Jangan rasa terlalu perfect. Rezeki bukan kat tangan manusia yang sama-sama kena hitung kat sana nanti. Rezeki dari DIA, kalau kau menidakkan maknanya kau menidakkan ketentuan DIA. So, stay fokus, stay strong, fly high sahabat.
“Dear Ainol, Ezal, Joe, Ejan,Amai. InsyaAllah dengan niat yang baik untuk sama-sama bantu anak-anak yang senasib dengan anak-anak aku yang sumbing atau klef. Aku doakan rezeki korang melimpah ruah.
“Biar nampak sumbingnya depan mata, daripada sumbingnya hati manusia. Terima kasih korang,” tulisnya.
Untuk pengetahuan, Lan Solo bakal mengadakan showcase iaitu Lan Solo Next Level khas buat peminatnya pada Mac 2019 nanti bertempat di Matic.
Showcase itu juga diadakan bagi mengutip derma buat badan amal Persatuan Klef, Bibir dan Lelangit Malaysia (Clapam).
Harga tiket sudah mula dijual pada harga serendah RM88 hinga RM149.
Foto/Instagram: Sheila Razlan & Lan Solo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi pelakon Elfira Loy bakal melahirkan anak sulungnya.
Sekali gus, ia membuatkan peminat tidak sabar menanti detik indah itu.
Baru-baru ini, pelakon filem Rentap berkongsi gambar bersama sahabat rapatnya, Bella Dally sambil memegang perutnya.
“Bella : “ El i pegang boleh “ Me : “ Bolehhh , i am not always like this big , haha “ i think i will miss being this big after this & yah i can’t wait to berpantang & get in shape again. #nottwins,” tulisnya yang masih merahsiakan jantina anaknya.
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.