Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh anaknya, Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu itu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya;
“Rate 10/10… malam ni layang pulop sekali lagi. Tak puas tengok semalam.. nakal molep.. Taniah bos Amen Khalid. Cerah masa depan deme dan semua kru yang terlibat.”
“TERBAIK FILEM NI TGK BEST SGT.BYK MESEJ YG DI SAMPAIKAM DLN FILEM INI.TAHNIAH AMIN KERANA MEMBAWA CERITA MASYARAKAT DLM KARYA FILEM.”
“Terlalu banyak scene yang cantik dalam filem kali ni. lagu Jamal ni memang saya minat. Ditambah dengan watak Gerhana yang umpama pahlawan Melayu dan aktres yang cantik. Jugak cinematography yang mengkagumkan. Kasi layan…”
Ads
“Kampong Pisang Berbuah Dua Kali lagi best dari Batman.”
Menyatakan rasa syukur, Amen Khalid turut berterima kasih kepada peminat setia karya Allahyarham bapanya.
“Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton.
“Saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan,” katanya.
Ads
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad turut optimis terhadap filem berkenaan yang sesuai ditonton seisi keluarga.
“Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga.
“Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya,” katanya.
Ads
Filem terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi yang mendukung watak sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek) dan Azman Mantra (Cik Gerhana).
Turut terlibat di dalam filem tersebut ialah Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria(Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan penyampai radio, Feeya Iskandar cukup happening dan pandai berceloteh tika ke udara.
Terbaru, rakan penyampai radio Issey Fazlisham ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menghiburkan, rakaman video tersebut memaparkan gelagat Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan yang secara tak sengaja pakai seluar secara terbalik gara-gara lambat ke tugasan awal pagi.
“Pertama kali dalam dunia, aku jumpa orang pakai seluar terbalik. Lambat punya pasal@feeyaiskandar #gengissey,” tulis Issey di ruangan kapsyen video tersebut.
Pelakon, Sharnaaz Ahmad awal tadi ada memaklumkam di Instagram, meminta orang ramai yang berkelapangan hari ini untuk sama-sama melakukan solat hajat buat anaknya, Jebat Jayden.
Solat Hajat berkenaan dibakal dilakukan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
“Sesiapa yg free dan berdekatan boleh jemput hadir di masjid asy-syakirin (klcc) malam ini, selepas solat tharawikh lebih kurang jam 10 lebih.
“Dijemput solat tarawikh bersama.. sama sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yg belum tahu, jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia.. dah selesai jalani operation.
“Namun tak recover dgn baik.. tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari,” tulisnya lagi.
Lalu, rata-rata pengikutnya turut mendoakan kesejahteraan buat Jebat.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Izreen Azminda yang kini sedang hamil anak ketiga memberitahu dirinya ada mengalami masalah sistem penghadaman.
Malah dia turut berkongsikan mengenai perkembangan dirinya.
Sementara itu, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam yang kini sedang hamil 4 bulan mendedahkan, dia melakukan pelbagai cara untuk mengatasi masalah tersebut.
“Tb masa 3 bulan.. masa ni kira badan okay2 lagi.. skarang dah kembang semangkuk.. risau kadang2 kaki bengkak surut bengkak surut.. jgn dok buat pasai .. sapa ada masalah sistem penghadaman habaq mai sat..
“sbb apa.. kami mmg cukup susah nk membuang.. minum vitagen tak jalan.. makan buah pun tak lut..
“kena minum nescafe baru okay.. haish tp risau la jugak sbb nescafe kan tak elok.. ada apa2 petua lagi ka ampa.. pening dah kami,” tulisnya.
Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.
Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.