Penyanyi dan pelakon remaja, Alyssa Dezek bersyukur meski tidak menyangka dia berjaya meraih keputusan cemerlang 100 markah untuk ujian diagnostik aliran perakaunan sebelum memasuki tingkatan empat.

Jelas Alyssa, 16, dia memilih untuk mengikuti pengajian dalam aliran perakaunan dan keputusan itu turut dipengaruhi oleh inisiatifnya menyertai tuisyen PTTI.

“Memang benar, saya mendapat markah 100 itu untuk ujian diagnostik sebelum pemilihan ke aliran perakaunan memandangkan saya baru masuk tingkatan empat.

“Sebelum ujian itu memang saya pulun, saya tak nak ambil aliran sains sebab agak sukar, maka pilihan saya adalah perakaunan.

“Saya belajar di rumah dan sertai tuisyen PTTI, syukur dapat 100 dan saya memang tak jangka. Kawan-kawan pun cakap macam mana boleh dapat 100 sedangkan saya selalu tak datang sekolah,” katanya.

Alyssa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Inpirasi PTTI 2024 di Hotel Le Meridien Putrajaya pada Ahad.

Dia pada masa sama mengakui pilihannya untuk mengikuti kelas tuisyen banyak membantunya dalam pelajaran.

IKLAN

Cemerlang! Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah Cemerlang! Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah Cemerlang! Alyssa Dezek Tak Sangka Ujian Diagnostik Subjek Akaun Dapat 100 Markah

“Kadang-kadang saya ‘lost’ sebab banyak hari tak datang sekolah kerana tuntutan kerja. Tetapi kalau di rumah jika ada masa lapang saya akan belajar semula dan saya juga menyertai tuisyen PTTI.

“Kalau tak sempat sertai sesi live tuisyen, saya akan tengok balik sesi rakaman,” ujarnya.

Sementara itu, pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI sekali lagi melakar kejayaan apabila mencatat peningkatan membabitkan pelajar yang mendapat semua A dalam SPM 2023 iaitu seramai 243 orang.

IKLAN

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, jumlah itu meningkat 98 peratus daripada SPM 2022 seramai 123 pelajar.

“Untuk statistik, pelajar yang menerima ‘straight A’ pada tahun ini adalah seramai 243 pelajar di bawah PTTI berbanding tahun lalu iaitu seramai 123 pelajar. Maksudnya peningkatan sebanyak 98 peratus.

“Tahun lalu juga kami menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pusat tuisyen yang paling ramai melahirkan pelajar yang menerima ‘straight A’ dalam SPM. Ada peningkatan berganda tahun ini,” katanya.

IKLAN

Pada majlis itu, seramai 564 pelajar dilipih menerima anugerah berdasarkan lima kategori yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, untuk Majlis Inspirasi SPM PTTI, kami memberi anugerah kepada 564 pelajar dalam lima kategori. Kategori pertama adalah pelajar yang menerima ‘straight A’, kedua bagi pelajar yang mendapat semua A kecuali satu subjek.

“Kategori ketiga pula untuk pelajar yang mendapat 6A dan ke atas, keempat kami bagi kepada pelajar yang ada peningkatan daripada gagal ke A dalam mana-mana subjek dan kelima bagi pelajar yang ada peningkatan drastik dalam mana-mana subjek diambil untuk SPM,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah duta dan ikon PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI