Pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias mempunyai misi peribadi apabila memilih untuj terlibat di dalam filem terbaharu Zim Zim Ala Kazim.

Menurut Ustaz Kazim, dia mahu mengubah perspektif segelintir pihak yang menganggap industri seni ini tidak akan pernah diterima di dalam agama.

“Bukan Senang-Senang Saya Nak Terima Tawaran Ini,” – Ustaz Kazim Mahu Buang Persepsi Negatif Dunia Filem

“Misi saya adalah untuk menghasilkan sebuah karya yang sesuai ditonton masyarakat. Untuk filem kali ini, mungkin misi itu tercapai 70 peratus. Insya-Allah saya akan perbaiki lagi pada masa hadapan.

“Jadi, berilah kepercayaan dan sokongan kepada saya. Dahulu saya pernah buat program perlancongan di atas kapal, kini kapal tersebut bersih daripada kasino dan perkara maksiat lain.

“Sasaran saya adalah untuk hasilkan sebuah filem yang baik dan dikendalikan oleh produksi, skrip, pelakon dan pengarah yang bagus.

“Jadi, bila masyarakat tengok, tiada masalah di situ,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut menyambut baik sekiranya ada golongan agamawan sama-sama turun padang dan memberikan idea serta panduan untuk menghasilkan karya yang mengikut syariat selepas ini.

“Bukan Senang-Senang Saya Nak Terima Tawaran Ini,” – Ustaz Kazim Mahu Buang Persepsi Negatif Dunia Filem

IKLAN

“Selama ini, ada segelintir para asatizah memberikan persepsi negatif tentang panggung wayang dan kehidupan artis. Kenapa golongan kita ini tak pergi dan bercampur dengan mereka?

“Terangkan kepada orang seni ini tentang filem atau skrip yang baik mengikut sisi agama. Turun padang dan terlibat sekali agar kita boleh menasihati mereka.

“Ini motif saya terlibat dalam filem ini. Saya nak dekatkan penggiat seni dan agama,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Kazim juga mahu membuang stigma yang mengatakan dunia seni ini bukan tempat mencari rezeki.

“Bukan Senang-Senang Saya Nak Terima Tawaran Ini,” – Ustaz Kazim Mahu Buang Persepsi Negatif Dunia Filem

IKLAN

“Saya nak buang tanggapan bila ada pelakon yang katanya ingin berhijrah daripada dunia tidak baik ke dunia yang lebih baik.

“Sedangkan dunia seni ini memang sudah baik. Teruskan sahaja berkarya. Ini yang saya ingin perjuangkan agar anak seni boleh terus raih pendapatan yang baik dalam bidang ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Kazim turut memuji produksi di bawah pengarah Asmawi Ani atau Mawi kerana berusaha untuk mengikut syarat-syarat yang ditetapkannya.

“Bukan Senang-Senang Saya Nak Terima Tawaran Ini,” – Ustaz Kazim Mahu Buang Persepsi Negatif Dunia Filem

“Bukan senang-senang saya nak terima tawaran ini. Ada pelbagai syarat saya kenakan. Saya tak mahu ada babak bersentuhan dan semua yang terlibat kena jaga solat.

IKLAN

“Saya puji produksi Mawi kerana mereka okay dengan syarat saya. Mereka menjaga solat walaupun terpaksa bekerja 24 jam.

“Paling saya tersentuh, ketika melakonkan babak di hutan pukul 4 pagi, kami solat Subuh di situ. Saya harap rutin ini menjadi ikutan,” akhirinya.

“Bukan Senang-Senang Saya Nak Terima Tawaran Ini,” – Ustaz Kazim Mahu Buang Persepsi Negatif Dunia Filem

Terdahulu, Zim Zim Ala Kazim merupakan sebuah filem yang mengetengahkan kisah benar mengenai cabaran yang terpaksa dilalui oleh Kazim sewaktu terkena gangguan sihir.

Selain Ustaz Kazim sendiri, filem ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Mawi, Bell Ngasri, Santesh dan Man Raja Lawak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI