Ads

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

Pelakon, Mierul Aiman tetap meneruskan komitmennya walaupun berdepan kecederaan sendi bahu terkeluar sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu, Tarung: Unforgiven.

Menurut Mierul, dia sudah membuat persiapan dari segi mental dan fizikal lebih awal bagi memastikan kualiti lakonannya berada pada tahap terbaik.

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

“Kecederaan bahu saya ini bermula sejak di sekolah menengah lagi ketika saya bermain ragbi. Bahu saya ‘dislocated’. Jika ada yang perasan, saya ada tiga parut di bahagian bahu.

“Walaupun sudah menjalani operasi bahu, ia terkeluar juga lebih-lebih lagi ketika menjayakan babak-babak ‘intense’.

“Sebagai pelakon, saya memang sudah metetapkan tahap intensiti dan ketahanan tubuh yang tinggi saya bila terlibat di dalam filem ini,” katanya kepada MH.

Juara Hero Remaja 2021 itu berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem berkenaan, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kecederaan seperti itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam dunia lakonan, khususnya bagi naskhah aksi yang menuntut tahap fizikal tinggi.

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

Ads

“Bila terlibat di dalam karya-karya aksi, saya selalu mengangap diri saya sebagai ‘athlete actor’. Kita kena ada disiplin dan susunan jadual yang betul kerana ada banyak perkara yang kita kena buat.

“Bergelar pelakon aksi, sudah tentu akan ada kecederaan. Cabaranya adalah untuk kita mengurangkan kecederaan itu ketika di set penggambaran.

“Jadi, kami perlu buat persiapan paling rapi ketika proses presediaan sebelum masuk ke set. Kita akan tahu kebarangkalian yang akan berlaku.

“Saya anggap kecederaan ini hanya isu kecil sahaja. Saya kena terima risiko ini kerana saya yang bersetuju untuk terlibat. Tak patut saya angkat hal tercabut bahu ini sebagai isu besar,” ujarnya lagi.

Dua Bulan ‘Transform’, Jadi ‘Fighter’ Di Layar

Dalam pada itu, Mierul turut berkongsi dia mengambil masa selama dua bulan untuk membina tubuh dan ketahanan fizikal sebelum penggambaran bermula.

Ads

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

“Saya buat persediaan untuk watak ini selama dua bulan. Dua minggu saya berlatih sendiri, selebihnya bersama pasukan yang telah disediakan pihak produksi iaitu Defenders.

“Sebaik sahaja bermula latihan dengan team Defenders, saya tak boleh nak patah balik. Saya kena lanyak dan harus bersedia menjadi fighter. Saya juga kena faham teori silat.

“Memang perit bila fizikal kita diperah. Saya kena jadi keras dan kebal untuk hadap rasa sakit. Kita kena biasakan diri dengan rasa sakit itu. Setiap hentakan itu memang betul terjadi walau ada tekniknya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Mierul turut meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi layar bersama pelakon yang selama ini menjadi idolanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

“Zul Ariffin dan Bront Palare merupakan pelakon yang pandai dan bijak. Saya selalu curi masa untuk bertanya soalan kepada mereka. Saya tak anggap mereka sebagai pelakon lagi tapi pemimpin industri.

“Pengalaman, strategi, skil, IQ dan percaturan mereka sangat bagus. Mereka ajar saya untuk ada identiti dan cita rasa sendiri untuk berkembang di dalam industri ini,” akhirinya.

Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei ini.

Cedera Bukan Alasan! Bahu Terkehel Pun Mierul Aiman Terus ‘Fight’, Dua Bulan ‘Push’ Diri Demi Tarung: Unforgiven

Selain Mierul, filem ini turut dibintangi Amir Ahnaf, Azira Syafinaz, Bront Palare dan Zul Ariffin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terlajak Post, Semua Kena Tanggung,” – Suami Muat Naik Video Guna...

Pelakon Norreen Iman tampil memberikan reaksinya terhadap perkongsian yang dimuat naik suaminya, Razzi Razak di media sosial.
error: Hello. Cannot.