Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson akui berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengemudi temu bual khas bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Dialog Anak Muda Temu Anwar bersempena Youth Empowerment Fair 2023 yang pada Ahad.

Jelas Amelia, ia merupakan satu pengalaman yang berharga dan tidak mungkin akan dilupakannya.

“Ia satu penghormatan. Ribuan terima kasih kepada YAB DS @anwaribrahim @AICMalaysia @MalaysiaMadani atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebagai moderator sesi Temu Anwar harini.

“Ia satu keistimewaan buat saya kerana dapat bertemu dengan PMX. Saya pun tak tahu macam mana nak move on daripada hari ini,” tulis.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Pulau itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter.

Katanya lagi, sikap keterbukaan dan santai yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar membuatkan perasaan gemuruhnya hilang.

IKLAN

“Saya nervous sebenarnya. Tapi YAB DS Anwar Ibrahim sangat tenang, budiman dan sangat mudah didekati yang membuatkan semua orang berasa terbuka dan selesa untuk bertanya tanpa sebarang halangan.

“Tahap keterbukaan beliau dan mudah didekati dalam politik harus dipuji,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Amelina mengendalikan temu bual tersebut yang disifatkan sangat lancar dan tersusun.

IKLAN

“Cara awak mengawal crowd tu memang respek la. Beratur orang nak tanya soalan. Daripada duduk di atas pentas, awak turun ke hulu ke hilir untuk pastikan semua orang dapat peluang.

“Saya sangat bangga dan gembira untuk kamu. Awak lakukannya dengan sangat bagus. Good job.

“Amy you professional handle this program walau berlari kiri, kanan & tengah untuk pass mic Q & A session, good job Amy.

“So proud of you amelia, good job girl. Rasa macam mimpi dapat tengok Amelia dengan Datuk Sri Anwar atas stage.

IKLAN

“Terbaik Amelia, calm and composed with just the right tinge of humor,” antara komen-komen netizen di Twitter.

Sementara itu, salah satu momen di program temu bual tersebut turut tular yang memaparkan Datuk Sri Anwar berseloroh memberi tahu, dirinya tidak dapat fokus untuk menjawab soalan ketika memandang Amelia.

Video tersebut tular diseluruh platform media soalan selain turut meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di Tik Tok.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Amelia Henderson

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI