Kisah pelakon cilik, Mia Sara yang hanya berumur 12 tahun telah dikritik mengenai cara pemakaian hijab ketika menghadiri majlis gilang gemilang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur lalu telah mendapat perhatian daripada rapper tempatan, Caprice.

Caprice Bela Mia Sara, Netizen Attack Orang Yang Salah

Caprice telah memuat naik satu video pendek di laman instagram baru-baru ini.

BACA JUGA > Gara-gara Tudung, Mia Sara Dikritik

Menerusi video tersebut, Caprice tidak bersetuju dengan tindakan netizen yang dikatakan mengecam pelakon cilik itu.

IKLAN

Ujar Caprice, biasanya selebriti tidak boleh memilih apa yang ingin dipakai dan sepatutnya management dan pereka fesyen baju tersebut lebih peka mengenai perkara tersebut.

“Pastinya, semua orang ada gambar yang memalukan ketika zaman kanak-kanak tetapi di media sosial, orang ramai telah salah mengkritik.”

 

“Nampaknya Mia Sara membesar dengan matang sekali apabila orang dewasa yang cuba mengkritik dirinya.”

Oleh itu, ruangan komen di instagram rapper itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya yang setuju dengan kenyataannya.

Setakat ini perkongsian itu telah ditonton lebih daripada 127,000 tontonan. Rata-rata daripada netizen berkata orang ramai sepatutnya berfikir sebelum mengecam.

IKLAN

Malah ada juga berkata media sosial kini menjadi ‘cyber bully’ kepada mangsa.

Terdahulu, Caprice juga sempat membuat video mengenai anak angkat Aliff Syukri, namun, mesej yang cuba disampaikan oleh penyanyi itu nampaknya telah disalah erti oleh pengasas D’ herbs itu.

IKLAN

Menurutnya, tindakan mengambil anak angkat adalah sesuatu yang mulia dan dalam Islam juga turut menggalakkan kita untuk turut memelihara anak angkat bukannya ingin mengutuk tindakan Aliff.

Bagaimanapun, pengasas itu telah memohon maaf kepadanya dan berkata tidak memahami kenyataan yang diberi dalam bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan , Caprice merupakan seorang rapper yang dekat dengan peminat. Dia juga dilihat sentiasa membuat video dan memuat naik di Instagram miliknya dengan membincangkan topik-topik hangat yang sedang berlaku di negara kita ini.

Internet, you guys are criticizing the wrong person.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI