Penyanyi Aishah Ariffin mendedahkan hadiah barang kemas sumbangan Datuk Seri Vida yang dimenanginya ketika menjuarai progam Gegar Vaganza 4 (GV4) seperti tidak berkualiti dan sintetik (tidak tulen).

Aisyah menerusi Instagram memberi tahu, dia berasa sangat sedih apabila nilai barang kemas yang dicanang bernilai ribuan ringgit sebenarnya hanyalah emas sintetik.

“Jangan sangka yang berkerdipan itu intan permata. hahahah apa perasaan uolls bila dah gebang2 pukul canang harga barangan ribu riban bila dinilai rupanya sekadar ……

 

“Sedih bila artis diperlakukan begini.Dah lama kami pendam rasa beri peluang utk. pihak terbabit memberi reaksi atau mungkin membetulkan keadaan tapi hampa.

 

“Kalau pun hadiah tambahan boleh main tipu2 je ke? I really do not understand cara sebegini. Salah ke I bersuara?” tulisnya.

Tambah Aishah, dia telah memendam perkara ini sejak sekian lama kerana ingin memberi peluang kepada pihak terlibat memberikan penjelasan namun, tiada respon yang diberikan sehingga kini.

Aishah turut memberi tahu, meskipun barang kemas tersebut hanyalah sebagai hadiah tambahan, pihak penganjur tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut kepada dirinya.

IKLAN

Diruangan komen, tanpa berselindung Aishah turut dilihat berbalas komen bersama pengikutnya yang bertanyakan mengenai isu tersebut.

“Canang Harga Barang Ribu Riban Bila Dinilai Rupanya…,”- Aishah Pertikai Kualiti Barang Kemas Datuk Seri Vida?

IKLAN

“Canang Harga Barang Ribu Riban Bila Dinilai Rupanya…,”- Aishah Pertikai Kualiti Barang Kemas Datuk Seri Vida?

Aishah turut menjelaskan hadiah barang kemas yang dimenanginya itu bukanlah berlian dan batu permata sebaliknya hanyalah cubic zircona dan batu sentetik.

IKLAN

Terdahulu, Datuk Seri Vida merupakan penaja utama bagi program nyanyian, Gegar Vaganza sejak musim pertama lagi.

Bagi MH, diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa menjatuhkan mana-mana pihak dalam masa yang terdekat.

Foto: Instagram Aishah

https://www.youtube.com/watch?v=BQ44Ibbfqn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI