Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura kini memilih pendekatan berlembut ketika mendidik anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menurut Fazura, emosi anak kecil akan mudah terganggu dan mereka juga akan terikut-ikut dengan setiap tindakan ibu bapa.
“Apa yang saya perasan, dahulu bila saya marah-marahkan Fatima, dia akan mengikut perbuatan itu. Dia pun ikut marahkan pembantu saya.
“Jadi, ketika ini, kalau ada masalah, saya akan panggil Fatima ke tepi. Ia sangat penting untuk menjaga aib dan air muka anak kita sejak dari kecil.
“Ramai yang ambil ringan hal ini. Kita kena jaga air muka anak agar dia tidak malu bila dimarahi di hadapan saudara mara.
“Emosi anak-anak ini sangat rapuh. Walaupun dia nampak macam biasa sahaja, dia akan rasa kurang keyakinan diri, malu dan sedih,” katanya kepada MH.
Fazura berkata sedemikian ketika ditemui di acara minum petang Manjaku X Enfagrow A+ yang berlangsung di Hotel Le Meridien, Putrajaya pada Sabtu.
Ads
Katanya lagi, anak-anak akan lebih mudah faham dan cepat belajar bila ibu bapa menggunakan cara komunikasi yang betul.
“Kita kena cakap dengan cara paling lembut. Pada saya, cara itu lebih efektif daripada kita marah-marah. Bila kita terangkan sebab-sebab kepada anak-anak, mereka akan cepat belajar dan faham.
“Mereka lagi suka bila kita berlembut dengan mereka. Mereka akan cepat sesuaikan diri dan tak ulang lagi kesilapan,” ujarnya lagi.
Ads
Ditanya bagaimana cara dia mendidik diri untuk sentiasa bertenang ketika menjalankan kewajipan seorang ibu, ini jawab pelakon filem Gol & Gincu itu;
“Sebagai ibu, sangat penting untuk kita sentiasa bertenang. Saya akui kadang kala kita penat dengan kerja rumah. Walaupun saya ada pembantu, saya tetap buat kerja rumah.
“Malah, saya juga sibuk dengan bisnes. Memang ada masa kita penat. Kena banyak tarik nafas dan bertenang. Kalau tidak bertenang, kita akan menyesal di kemudian hari.
Ads
“Bila kita berlembut kemudian mengamuk, nanti anak-anak akan keliru. Tugas ini perlukan latihan dan komited. Saya tidaklah sempurna dan ada masa saya marah juga. Tapi saya akan minta maaf kepada Fatima,” kongsinya lagi.
Terdahulu, menerusi acara ini juga, Fazura sempat beramah mesra dengan para ibu bapa yang juga merupakan pemenang peraduan Foto Anak, Mama & Papa Seiras anjuran Manjaku dan Enfagrow A+.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Manjaku Holdings Sdn. Bhd, Mr Daniel Looi akui teruja apabila dapat menjalinkan kerjasama bersama Fazura bersempena dengan sambutan ulang tahun Manjaku yang ke-30.
“Manjaku Baby Mall, pusat membeli-belah terbesar di Malaysia bag baranganjaku dan anak, telah berada dalam pasaran selama 30 tahun. Bulan Jun lalu, Marelaku telah meraikan ulang tahun ke-30 mereka.
“Sepanjang tempoh ini, Manjaku telah menjalinkan kerjasama erat bersama Enfagrow A+ MindPro dan sekaligus menjadikan produk Enfagrow A+ antara Top of Mind Milk Powder Category,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar, Rossa Sera ada memuat naik hantaran khas di laman Instagram bersempena ulang tahun kelahirannya suaminya yang ke-37.
Rossa dilihat menitipkan doa semoga Shuk sentiasa dikurniakan kebaikkan di dalam hidupnya.
“Happy birthday Muhammad Shukri. Semoga yang baik-baik untukmu selalu. Ameen. Daripada saya, Ain dan Amy,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Sera turut berkongsi sebuah video yang memaparkan momen-momen sewaktu menunaikan umrah dan ketika bersama anak-anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Rossa selain turut mendoakan semoga mereka sentiasa berbaik dengan kebahagiaan anak-anak.
Bagaimanapun, posting berkenaan nyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang merasakan perbuatan Sera itu seperti terhegeh-hegeh untuk mendapatkan perhatian suaminya itu.
“Alahai, sundalnya! Shuk dan Fara tu dah serumah. Agaknya dah kahwin. Tak payahlah nak terhegeh. Mula la tu gatal acah-acah nak memujuk Shuk dengan ucapan hari lahir,” tulis individu berkenaan.
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Sera menerusi satu hantaran di Instagram Stories.
Tidak berdiam diri, Sera secara sinikal
membalas semula mesej yang dikirimkan individu berkenaan.
“Aduh, wish la sendiri pakai akaun mu. Biar akaun fake tapi aku tahu kau siapa,” balasnya.
Terdahulu, pada November lepas, Sera telah memfailkan cerai terhadap Shuk selepas pelawak tersebut didakwa curang.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Shuk memberitahu, masih tiada kata putus dari kedua belah pihak berhubung permohonan cerai yang telah difailkan.
“Kami tak temui keputusan yang jelas. Buat masa ini, masing-masing bawa haluan sendiri,” katanya seperti yang dipetik.
Sekadar informasi, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 6 dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Rossa Sera & Utusan Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Ini adalah kesedihan yang tidak dapat digambarkan apabila dengan ini kami ingin mengesahkan bahawa Chadwick Boseman telah pun meninggal dunia.
“Chadwick telah didiagnos mengidap kanser usus tahap tiga pada 2016 lalu, dan dia berjuang melawan penyakit tersebut sejak empat tahun lalu meskipun kanser tersebut telah merebak ke tahap 4.
“Memiliki semangat juang yang tinggi, Chadwick berjaya mengharungi segalanya, membawakan pelbagai filem kegemaran anda.
“Daripada Marshall ke Da 5 Bloods, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom dan banyak lagi. Kesemua filem ini menjalani proses pengambaran ketika dia bertarung dengan pelbagai jenis pembedahan dan proses kimotherapi,” tulis pegendali akaun tersebut.
Dalam pada itu, wakil Chadwick turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak Marvel kerana memberikannya peluang untuk membawakan watak adiwira ikonik itu.
“Ia adalah satu penghormatan di dalam kariernya untuk membawakan watak Raja T’Challa di dalam dunia Black Panther.
“Dia menghembuskan nafas terakhir di rumahnya, bersama isteri dan keluarga di sisi.
“Pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih diatas segalan doa yang telah diberikan, kami berharap agar semua pihak dapat menghormati privasi pihak keluarga ketika waktu sukar ini,” katanya lagi.
Berita kematian ini nyata mengundang rasa sedih terutamanya buat peminat filem Black Panther.
Melihat di ruangan Twitter, rata-rata peminat dunia menitipkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga bintang tersebut.
Sumber: Instagram Chadwick Boseman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mempunyai beberapa babak yang memerlukan diriya mendedahkan sebahagian tubuh badannya, pelakon Tiz Zaqyah berkata setiap apa yang dilakukannya itu mempunyai mesej yang cuba disampaikan dan bukan sahaja-sahaja mahu menayang badan.
Menurut Tiz atau nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak, 35, babak dalam bilik mandi sehingga mendedahkan bahagian bahu dan kaki telah diteliti dan dinilai berdasarkan jalan cerita tersebut.
“Bukan sengaja nak tayang badan untuk orang tonton pun sebab paling penting ialah mesej kepada penonton mengenai apa yang dilalui oleh mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.
“Kalau ada yang mahu jadikannya isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.
“Jika ada adegan yang keterlaluan, saya akan bincang dnegan pengarah dan ada juga yang saya menolak… mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya,” kata Tiz.
Menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Liar, Tiz membawakan watak mangsa rogol, Lara dan terdapat beberapa babak memaparkan perkara-perkara yang perlu dilalui mangsa bagi mendapatkan bukti bagi mendakwa suspek termasuk pemeriksaan doktor dan membuat laporan polis.
Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya itu, Tiz berkata sangat sukar untuknya untuk membawakan watak Lara sehingga ia memberikan kesan terhadap mentalnya.
“Karakter Lara sangat berat terutama sebagai mangsa rogol, Tuhan sahaja tahu apa yang saya rasa.
“Setiap kali habis penggambaran, rasa tidak sabar hendak tukar baju yang dipakai Lara.. lain macam rasa dia.
“Paling membuatkan saya terkesan ialah ketika babak pemeriksaan selepas dirogol.
“Melihat banyak poster tentang jenayah rogol yang ditampal dalam bilik tersebut sudah membuatkan saya berasa anxiety namun ia masih terkawal,” katanya lagi.
Liar merupakan adaptasi daripada drama British menggunakan judul serupa. Selain Tiz, Liar turut dibintangi Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Datuk Jalaluddin Hassan, Nadiya Nisaa, Nazrief Nazri, Aniq Suhair dan Wan Raja.
Drama Astro Originals ini diarahkan oleh tiga pengarah iaitu Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Liar bakal ditayangkan bermula esok (25 Mac) setiap Sabtu, jam 12 tengah malam di platform On Demand dan Astro Go. Ia turut ditayangkan di saluran Astro Ria (104) bermula 3 April, setiap Isnin jam 9 malam.
Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula kelular berjanji temu dengan Aiman Yusof yang merupakan seorang doktor pakar bedah.
Selepas temu janji pertama, Lara menuduh Aiman merogolnya, sebaliknya Aiman menafikan perkara itu dan menegaskan dia hanya membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang ke rumah dengan selamat.
Siapakah yang bercakap benar di antara mereka berdua. Saksikan Liar untuk ketahui jawapannya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!