Ads

Burger Tepi Jalan Malaysia Kini Popular Di New York

Di Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai makanan yang di jual di tepi jalan seperti pisang goreng, keropok lekor, nasi lemak, burger dan macam-macam lagi.

Makanan ini dilihat normal oleh masyarakat kita kerana ianya sesuatu yang memang sinonim dengan rakyat Malaysia.

Namun begitu baru-baru ini, burger yang sering dijual di kaki lima atau tepi jalan ini sudah menjadi popular di negara asing iaitu di New York, Amerika Syarikat.

Jualan burger Malaysia ini dijual bersempena The Malaysian Project di Queens International Night Market, The Meadows Music & Arts Festival dan banyak lagi festival lain di sekitar bandar New York.

Burger Tepi Jalan Malaysia Kini Popular Di New York

Ads

Burger Malaysia ini telah mendapat perhatian rakyat di sana dan secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke mata dunia kerana memiliki makanan yang istimewa.

Sebuah portal, Insider Food telah memuat naik video cara penyediaan burger Malaysia ini dan ianya mendapat lebih daripada 20,000 perkongsian dan jumlah tontonan melebihi 2,000,000.

Burger Tepi Jalan Malaysia Kini Popular Di New York

Ads

Peniaga yang menjual burger Malaysia ini di sana merupakan seorang anak muda berbangsa Cina yang berasal dari Malaysia.

Menurut pemilik perniagaan burger Malaysia ini, Calvin Leong berkata jika di Malaysia burger ini dikenali dengan nama burger Ramly namun di sana mereka memperkenalkan dengan nama ‘Malaysian Style Burger’.

Ads

“Rasanya pedas dan diletakkan dengan bermacam jenis rempah dan saya sering makan burger ini ketika saya masih kecil.

 

“Di Malaysia kita boleh dapati burger ini di sekitar kaki lima atau di tepi jalan,” ujar Calvin.

Burger Tepi Jalan Malaysia Kini Popular Di New York

Anda mungkin berminat dengan

Siapa sangka makanan jalanan kita yang sering di dapat di tepi jalan kini menjadi salah satu makan yang popular di negara asing.

Sumber: Insider Food

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Radin Selamat Bergelar Suami Nur Amirah, Serah Mas Kahwin RM15,020.26 &...

Pengacara dan penyampai radio, Radin selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Ukay Hills Private Event Estate & Lifestyle Suites, Ampang, Selangor.
error: Hello. Cannot.