Penyanyi rap Bunga Isme mendedahkan dia sudah dirisik oleh teman lelaki, Amzar Sabri yang merupakan seorang penyanyi dan komposer pada bulan Februari lalu.

Menurut Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, walaupun hubungan yang dijalin sejak empat tahun lalu itu sudah memasuki fasa merisik namun dia dan Amzar tidak terburu-buru untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, hubungan kami dah masuk fasa merisik.

“Sejujurnya saya belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan sebab saya ada banyak lagi perancangan yang hendak dibuat, antaranya seperti bisnes serta ingin lebih berikan fokus berbakti kepada keluarga dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

“Saya dan kekasih pun memang kami tak nak terburu-buru sebab bila melibatkan perkahwinan ia adalah satu perkara yang sangat besar.. lagipun saya masih muda, baru berusia 23 tahun, banyak lagi perancangan yang saya nak buat sebelum menamatkan zaman bujang,” katanya kepada MH.

Bunga ditemui pada majlis Berbuka Puasa anjuran Warner Music Malaysia yang berlangsung di Ibis Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

IKLAN

Berkongsi aktiviti di bulan Ramadan, Bunga berkata dia kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat swasta dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Pentadbiran Perniagaan tidak lama lagi.

“Sekarang ini saya menjalani intership dan lepas ini tinggal satu semester sahaja lagi. Lepas dah habis belajar, saya dah ada perancangan untuk keluarkan bisnes tudung di bawah jenama saya sendiri. Harapnya impian ini akan tercapai tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini (@bungaisme)

IKLAN

“Bercakap mengenai Ramadan, memang saya kurangkan aktiviti seni dan lebih banyak habiskan masa bersama keluarga di rumah,” ujarnya lagi.

Untuk info, Bunga merupakan penyanyi rap wanita yang dicungkil bakatnya menerusi program 16 Baris yang dianjurkan oleh Joe Flizzow pada tahun 2018.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI