Pelakon, Betty Rahmad menyifatkan, sebagai ibu, ada kalanya mereka juga perlu meluangkan masa untuk melakukan perkara yang menyenangkan diri sendiri.
Jelas Betty, meluangkan waktu untuk diri sendiri bukanlah bermakna seseorang ibu itu tidak menyayangi anak mereka sebaliknya perkara tersebut akan memberikan motivasi buat mereka untuk memberikan yang terbaik buat keluarga.
“Topic : Mummy “me time”. Truth is, no matter how much u love your kids, mummy need a little “me time”.
“Time untuk diri sendiri bersiap tanpa perlu rushing, nak cantik-cantik, massage, shopping or anything yang boleh buat diri sendiri happy. Bukan tak sayang anak, we are human.
Ads
“Even 1-2 hour pun dah cukup. Cos only happy mummy can raise happier kids. I just wanna share my experienced after a month without helper, 24/7 with my 1year toddler, wfh, cooking etc i truly feel you,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang anak itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di ruangan Instagram.
Menurut Betty lagi, bila anak di bawa ke tempat kerja, kadang kalanya sukar untuk memberikan tumpuan.
Lantaran itu, Betty turut dilihat memuji kesemua ibu yang bertungkus lumus menjaga anak serta keluarga mereka tanpa memerlukan masa untuk bersendiri.
Ads
“My mum dah tua, mil pun dekat kampung. No one can look after him except me & my working husband. Mandi kambing everyday sebab takut anak bangun and the only time boleh settle my work @bettys_kitchen atau kerja rumah.
“Bila bawa anak pergi office habis semua focus staff lari pulak! Everyday rasa tak cukup masa
“So, shout out to all super mummy out there who’ve been taking care of your kids 24/7 without help from your mum or mil. Especially working moms. You guys are AMAZING! Respect! Sending u virtual hugs!
“P/S: If your partner tak bagi “me time”, suruh dia baca posting ni,” kongsinya lagi.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen yang rata-ratanya daripada golongan ibu turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Betty itu.
Terdahulu, Betty dan suami, Ardy Damis telah pun mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Ardy Wira yang kini berusia 1 tahun 11 bulan.
Sumber: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, penyanyi Aina Abdul mengakui dia lebih gemar mengenakan pakaian yang ringkas dan selesa setiap kali menyambut Aidilfitri.
Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia senang untuk memilih persalinan Melayu tradisional sesuai dengan suasana hari raya.
“Setiap tahun pilihan baju raya saya ringkas saja. Begitu juga dengan tahun ini, tidak ada yang ekstravaganza.
“Sejujurnya mata saya lebih tertarik kepada baju kurung Kedah dan baju kurung kain kapas (cotton).
“Sebab bagi saya ia lebih estetik dan sesuai untuk digayakan kepada insan bernama Nurul Aina,” katanya yang sinonim dengan imej unik setiap kali muncul membuat persembahan.
Aina pada masa sama menambah, sejak bergelar penyanyi dia gemar mengeluarkan sampul raya sendiri untuk diberikan kepada peminat dan kanak-kanak.
“Sekarang ini saya suka nak keluarkan sampul raya sendiri. Ini adalah tahun kedua saya tampil dengan sampul raya yang menampilkan wajah saya.
“Sekurang-kurangnya sampul raya itu menjadi satu tanda ingatan kepada si penerima itu,” katanya yang turut muncul dengan lagu raya terbaharu, Jalan-Jalan Hari Raya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelodfa berkongsi rasa gembira apabila anak keduanya, Abdullah Abbas kini sudah genap enam bulan usianya.
Perkongsian tersebut dibuat hos Next To Neelofa itu menerusi Insta Stories, pada semalam.
“Hari ni anak ummi sayang, Abbas, dah 6 bulan, masya-Allah. Alhamdulillah ya rabb,” tulisnya pada foto anak kedua yang wajahnya ditutupi dengan emoji bunga.
Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021.
Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 dan anak kedua, Abdullah Abbas dilahirkan pada 11 Julai 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan minggu bersaing dan membuktikan kemampuan, penyanyi Ariel Fesol mencipta kejutan apabila dinobatkan selaku juara Big Stage Aplha yang melabuhkan tirai saingannya di...