Terdahulu, pelakon Datin Seri Zizie Izette menjadi perhatian apabila dia ada berkongsi mengenai anak-anak serta pengasuh mereka di media sosial.
Terkini menerusi Instagram, isteri kepada ahli politik itu ada memperjelas mengenai pandangan sesengah pihak yang membayangkan bila ada pengasuh, anak-anak kurang rapat dengan ibu.
“Alhamdulillah, anak-anak paling rapat dgn saya walaupun ada yg berpendapat bila mereka ada pengasuh, mereka akan lebih rapat dgn pengasuh & ada juga yg berpendapat, mereka akan ingat pengasuh lah ibu mereka.
“Silap sama sekali andaian mereka itu pd saya. Mungkin bukan kerja saya yg mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan tugas membersihkan rumah bukan juga tugas saya,” maklum Zizie.
Ads
Malah, kakak kepada pelakon, Shaheizy Sam itu turut mengakui dia mahu ambil tahu mengenai apa sahaja berkaitan anak dan akan sentiasa bersama mereka.
“Tetapi saya mengambil tau tentang semua perkara dari A to Z berkenaan anak2. Saya sentiasa ada bersama anak2 dan berikan sepenuh perhatian & memupuk kasih sayang secukupnya pd mereka semua.
Saya nak mendidik & lihat setiap perkembangan mereka depan mata saya. Tugas saya adalah lebih besar kerana mereka adalah amanah Allah buat saya sebagai seorang ibu.
Ads
“Bukan spt ada yg fikir, hanya beranak tp lain2 maid yg buat. Adoiiihaaii, jauh sama sekali pandangan org tu. #itsnotthateasy #ilovebeingahandsonmother #amanahallah,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Zizie telah mendirikan rumah tangga bersama Bung Moktar pada tahun 2009 dan dikurniakan sepasang anak kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aeleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017.
Terus menerima rezeki zuriat, Zizie menimang cahaya mata ketiga bernama Alisa Bella Izette pada 1 Mac lalu.
Video : Instagram Zizie Izette
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif atau Imratul Najwa Abdul Latif berkongsi berita gembira.
Gadis remaja ini telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana, selepas bertahun menimba ilmu.
Dalam pada itu, bintang berusia 24 tahun itu turut berkongsi pengalaman demi merealisasi impian dalam pengajian.
“Who would have thought this girl yang pernah cakap dekat mama “wawa nak kerja ma. Wawa taknak sekolah dah. Wawa taknak belajar” time form 4 dulu ended up dapat result sem last master dia yang dia dapat today.
“The best thing yang happened this morning was I called my mom and told her about my results, she said “alhamdulillah. Thank you wawa. Mama happy.” I crryyyy.
“Bila everyone cakap I won’t make it. I believe them and wawa bukan jenis nak prove I’m best dekat semua orang. But, I work with what I have. Fortunately, I have my family, abang azahari (my best manager), my good friends yang believe and encourage me to finish whatever that I’ve started.
“They also remind me to have fun dalam buat apa wawa buat. Wawa putus cinta time master. That explains my weight yang korang banyak sangat sebut tu.
“Tapi korang nak tahu apa Tuhan bagi lepastu? Peluang untuk bernafas and cuba jadi lebih baik lagi. Family yang percaya pada wawa when wawa takpercaya diri wawa. Kawan kawan yang sangat sangat baik (terima kasih tolong, reply whatsapp bila wawa tanya pasal project paper even pukul 1, 2 pagi).
“Supervisor yang paling cool dalam dunia ni (Dr Rashid, if you’re reading this, thank you!). Students yang banyak perangai tapi best. (thank you for helping me to see life as fun as it is)
“You see, when you feel like banyak benda you dah plan takjadi, have faith. Allah tahu yang terbaik.
“Look around. Bersyukur. Usaha cari. Banyak nikmat Allah bagi. Kita nak nampak atau tak je. Kalau semua orang rasa korang takcukup bagus for them, you don’t have to prove to them. Prove to yourself that you are enough.
“While I’m writing this, wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak. Tapiii guess what? Berkat doa semua orang, wawa habis master, grad this year In shaa Allah.
“Soo, takda boyfriend takpa, tapi wawa dapat nampak 4 for the first time dalam hidup ni. Heheheheh. Alhamdulillah. I know I rarely say this tapi Mama, Ayah, Wawa harap I make you proud this time. Walaupun cuma dari jauh. Thank you sebab selalu doakan wawa. #captionwawapendekjegradnanti#tahuannoyinggilabacaessaycamni#donejadihater,” tulisnya.
Dalam pada itu, peminat turut memberi ucapan tahniah kepada Najwa kerana telah berjaya menamatkan pengajian tersebut.
Foto : Instagram Najwa Latif
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Antara rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut Datin Zizie Izette, Lisdawati, Memey Suhaiza dan Norman Hakim.
Dalam pada itu, peminat juga memuji sikap Rebecca yang menjaga hubungan baik sesama rakan artis yang lain.
Untuk rekod, Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Pasangan ini mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan, 1.
Di samping itu, Rebecca memilik dua orang anak angkat bernama Nor Adam Daniel, 10 dan Nor Aurora Riana Norazam, 8 bulan.
Pelakon Meerqeen menjelaskan adegan mendukung heroin, Hannah Delisha dalam siri terbaharu, The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan) dilakukan atas tuntutan skrip dan kehendak pengarah.