Sebut sahaja nama aktor Remy Ishak, pasti ada yang seakan tidak sabar untuk melihat aktor popular itu mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya.
Bagaimanapun, Remy mengakui masih beberapa faktor yang perlu dikecapinya sebelum memasuki usia 40-an.
“Buat masa sekarang ini, saya mahu rileks dulu dan tidak mahu fikir soal berkahwin,
“Kahwin ini merupakan satu tanggungjawab yang besar kerana ia melibatkan banyak pihak yang perlu dijaga; baik dari segi hati, perasaan, tanggungjawab dan banyak lagi,” kata Remy kepada MH ketika ditemui di pelancaran filem Sangkar di Battle Arena, Jaya Shopping Centre, Petaling Jaya baru-baru ini.
Katanya, dia kini sedang menyusun jalan hidupnya sebelum menjelang usia 40-an.
“Banyak perkara yang perlu saya susun untuk hidup saya sekarang ini sebelum saya memasuki umur 40 tahun dan dalam jangka masa yang panjang,
“Apa yang saya impikan adalah apabila saya sudah cecah 40-an, semuanya sudah lengkap dari untuk menyediakan segala keperluan diperlukan oleh keluarga. Lebih-lebih lagi untuk membesarkan anak, terutama membabitkan pendidikan mereka,
“Hal ini kerana apabila sudah berkahwin, saya perlu fikir mengenai kehidupan isteri, anak dan mertua, jadi buat masa ini biarlah saya fokus pada diri saya dahulu,”kongsi aktor berusia 37 tahun ini.
Akurnya, tawaran berlakon kian berkurangan kerana faktor usia apabila mencecah usia 40-an.
“Mungkin apabila saya sudah tua nanti, lakonan (pekerjaan) saya sudah berkurangan dan ketika itu mungkin tawaran berlakon saya sudah tidak sehebat sekarang,
“Sedangkan ketika itu, mungkin ramai lagi bakat-bakat baru yang akan datang dalam indursti hiburan,” jelasnya yang kini berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan membabitkan pertanian dan penternakan sebagai persediaan.
Dalam perkembangan lain, Remy kini sedang mempromosikan filem terbarunya berjudul Sangkar gandingan bersama Zul Ariffin dan Mira Filzah.
Filem arahan Khabir Bhatia itu telah diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment telah ditayangkan sejak 29 Ogos lalu.
Perkongsian foto dari pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura ketika kecil di laman Instagram menerima perhatian peminat.
Memberikan kapsyen motivasi yang sinonim dengan dirinya, fizikal bintang cantik ini sewaktu kecil turut dipuji ramai.
“Here’s my little Monday mood for you. Confidence! You’re welcome! – Love, little miss-fantasy-anything-is-possible-Fazbulous,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Hubungan bekas finalis Dewi Remaja, Fazreen Fazera bersama pelakon Mas Khan dikatakan sudah mulai retak apabila gadis berkenaan mendedahkan mengenai status hubungan di antara mereka, awal semalam.
Pendedahan tersebut dibuat bintang muda ini menerusi Insta Stories menerusi aplikasi ‘Ask Me Question’ di Instagram.
“You not longer with Mas Khan?,” tanya salah seorang peminat lalu ini yang jawab Fazreen;
“Saya sedih untuk mengumumkan yang ya…Saya tidak lagi bersamanya. Mungkin untuk tempoh sekarang atau selamanya,” tulisnya.
Lalu, pertanyaan berkaitan mengenai hubungan mereka berdua turut ditanya dan cuba dijawab dengan penuh profesional oleh pelakon ini.
Pada masa sama, ada juga yang memuji caranya dalam menangani masalah cinta yang berlaku antara mereka.
Terdahulu, hubungan cinta di antara keduanya sudah pun terjalin lebih empat tahun lalu, sebelum Fazreen menyertai pencarian Dewi Remaja lagi.
Foto: Instagram Fazreen Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.