
Andi Bernadee telah mengadakan majlis pelancaran muzik video untuk lagu single terbarunya yang berjudul Donde di TGV Cinemas 1 Utama, semalam.
Terdahulu, muzik video lagu Donde telah dimuat naik di YouTube pada 10 April yang lalu dan semakin mendapat perhatian peminat.
Bagaimanapun, Andi tidak terpalit menerima komen yang berbaur negatif daripada netizen.
Rata-rata netizen memberi pendapat bahawa Andi seakan sengaja mengadakan adegan tidak berbaju di dalam muzik video tersebut.
Oleh itu, MH telah bertemu dengan Andi untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.
“Memang benda tu orang kata bukan sengajalah, memang benda tu ada dalam storyboard.
“Storyboard tu memang Andi yang create pun, sebab nak menyampaikan jalan cerita yang berkisahkan seorang lelaki yang psycho.
“Jadi tiada istilah orang kata sengaja untuk adakan adegan sedemikian,”kongsi Andi.
Menurut Andi, dia berharap lagu Donde ini akan mendapat tempat di hati penonton.
“Tak Marah, Orang Tegur Kerana Sayang,” – Elly Mazlein

Perkongsian terkini selebriti versatil, Elly Mazlein menjadi sorotan warganet.
Ia susukan reaksi pelbagai yang diterima selepas penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu sepentas bersama-sama Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengendaklikan All Stars Gegar Vaganza, Ahad lalu.
Dalam ramai yang suka, ada juga yang pesimis dengan mendakwa keberadaan tiga hos di atas satu pentas hanya akan membawa kepada acara yang ‘meleret-leret’.
Elly bagaimanapun positif yang menyifatkan reaksi yang diterima sebagai signal ramai yang sayangkan dirinya.
“Ramai orang tertanya tanya. Suraya okay ke tu dihentam macam dah tak ada hari esok.
“Jangan risau, Suraya okay. Semua orang ada hak untuk bersuara.
“Lagipun segerombolan yang hentam Suraya tu member-member Suraya juga. Suraya terima dengan hati yang terbuka.
“Suraya tak marah. Orang tegur kerana sayang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang mana hingga kini ia sudah menerima hampir 5,000 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
“Tempat Tinggi Tu Maksudnya Legend,” – Nafi Sindir Mamat Exists, Nabil Minta Netizen Bersangka Baik

Pengacara terkenal, Nabil Ahmad menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya bertindak biadap kerana mempersendakan penyanyi, Mamat Exists ketika mengacarakan program All Star Gegar Vaganza baru-baru ini.
Memetik laporan video yang dikonsikan di Instagram Astro Gempak, Nabil menjelaskan perkataan ‘ditempat tinggi’ itu tiada kaitan dengan hal-hal negatif sebaliknya ia merupakan satu pujian buat Mamat yang sudah lama menempa nama dipersada industri seni tanah air.
“Ditempat tinggi itu maksudnya legend. Abang Mamat sudah berada di satu tahap yang lebih tinggi. Lepas menyertai GV1 dahulu, namanya kembali meningkat naik dan orang makin ramai yang sukakan dia.
“Baru-baru ini pun saya dan Mamat ada berkongsi pentas di Istana Budaya. Semasa saya berada di sana, saya memang melihat Mamat ini sebagai seorang penyanyi lagenda.
“Kita pun membesar dengan nyanyian beliau seperti lagu Untukmu Ibu dan Rahsia Pohon Cemara. Bila melihat sendiri dia menyanyikan semula lagu-lagu tersebut di depan mata, saya meletakkan dia di satu tahap yang tinggi,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, berharap agar netizen tidak membuat andaian sendiri berhubung kenyataannya itu.
“Buat mereka yang salah tafsir ni, hati mereka kena husnuzon la. Kita kena bersangka baik.
“Namun, saya okay terima apa sahaja pendapat yang diberikan oleh orang ramai. Ada yang kata saya tak patut cakap itu dan ini, saya okay sahaja.
“Nak cakap apapun, cakap jelah.
Janji saya tahu apa yang saya buat,” katanya lagi.
Terdahulu, Nabil dikecam hebat netizen susulan tindakan tersebut. Ada yang mengatakan gurauan Nabil itu agak keterlaluan dan tidak menghiraukan perasaan orang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Astro Gempak
“Saya Juga Rakyat Malaysia Yang Berhak,” – Artis ‘Papan Atas’ Tak Patut Mohon Dana Kerajaan? Ini Respon Liza Hanim

Baru-baru ini, isu mengenai Dana Kandungan Digital (DKD) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjadi perdebatan hangat di media sosial.
Ramai yang beranggapan artis-artis yang mempunya reputasi besar tidak sepatutnya memohon dana kerajaan untuk mengadakan konsert kerana merasakan mereka lebih mudah untuk mencari penaja.
Mengulas mengenai isu tersebut, penyanyi yang juga merupakan penerima DKD, Liza Hanim menyifatkan sesiapa sahaja berhak untuk memohon dana tersebut asalkan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Menurut Liza, dia berusaha sama seperti orang lain dan bersyukur kerana permohonannya itu telah diluluskan.
“Saya juga seorang rakyat Malaysia yang berhak. Saya sudah terlibat di dalam industri ini bertahun lamanya. Sesiapa sahaja boleh memohon. Saya bukan dapat begitu sahaja.
“Saya buat kertas kerja dan saya sendiri yang bentangkan proposal, bukannya orang lain dengan harapan diterima. Alhamdulillah saya diterima.
“Saya tak rasa hal ini patut dipertikaikan kerana peluang untuk mendapatkan dana ni terbuka kepada sesiapa sahaja yang memohon.
“Segalanya terpulang kepada rezeki. Alhamdulillah ketika ini merupakan rezeki saya,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Gelisah Mimpi itu berkata sedemikian ketika ditemui sidang media konsert minggu pertama All Star Gegar Vaganza baru-baru ini.
Jelas Liza lagi, dana berjumlah RM300,000 masih belum mencukupi untuk menampung jumlah kos keseluruhan penganjuran konsert.
“RM300,000 itu bukan besar nilainya untuk buat konsert. Kalau anda nak tahu, semasa kami buat perbentangan, kami sudah pun menjelaskan kos sebenar untuk penganjuran konsert tersebut.
“Malah, pihak penilai sendiri juga bertanya sekiranya permohonan dana ini diluluskan, apa langkah saya seterusnya kerana mereka pun tahu dana ini tidak akan mencukupi.
“Saya kena berusaha lagi. Bukan boleh terus goyang kaki. Orang mungkin tak tahu. Banyak kos yang diperlukan untuk mengadakan konsert.
“Jadi, kalau kita tak tahu tentang sesuatu perkara itu, sebaiknya tak perlu persoalkan,” katanya yang bakal mengadakn konsert solo tidak lama lagi.
Pada masa sama, Liza juga berpandangan segelintir penggiat seni kreatif tidak mengambil tahu mengenai peluang ini sekali gus mencetuskan persepsi negatif terhadap artis yang menerimanya.
“Sebenarnya, ramai yang tak tahu mengenai dana ini. Oleh itu, mungkin dengan pemilihan kami ini akan membuatkan lebih ramai yang tahu.
“Jadi, mohonlah. Ketika ini pun permohonan sedang dibuka. Jadi, kepada para pembikin konsert yang tak pernah dapat peluang seperti ini, usahakanlah.
“Mohonlah kepada kerajaan kerana ini merupakan inisiatif mereka. Selalu kita tak kejar dan ambil tahu tentang peluang ini.
“Kertas kerja kena kuat. Ini merupakan tahun kedua saya mencuba. Memang tak mudah. Ada yang cuba bertahun-tahun pun belum ada rezeki,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.