Kumpulan nasyid AWLA kini tampil dengan single terbaharu yang disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa apabila berani menampilkan lagu dalam durasi hampir 10 minit menerusi karya berjudul Ulul Azmi.
Lebih menarik, lagu berkenaan adalah hasil kerjasama AWLA bersama penerbit muzik terkenal, Jenny Chin.
AWLA merupakan gabungan dua kumpulan nasyid iaitu Saujana yang terdiri daripada Suffian, Azalinor, Zuhaidi manakala Azahari dan Idzhar pula daripada kumpulan Nowseeheart.
Azalinor berkata, Ulul Azmi mempunyai elemen yang memikat kerana gabungan muziknya yang ala orkestra filem, serta menekankan kesinambungan muzik dan lirik daripada nabi-nabi terdahulu hingga ke nabi terakhir, Nabi Muhammad SAW.
“Ulul Azmi bukan sekadar sebuah lagu nasyid, tetapi ia juga sebuah perjalanan rohani dan emosi. Dengan melodi yang memukau dan lirik yang mendalam, lagu ini bercerita tentang kekuatan dan ketabahan rasul-rasul besar dalam sejarah.
“Malah kami turut terharu apabila lagu ini menarik perhatian penggiat muzik termasuk Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, dan komposer lagu Mohariz Yaakup yang berpendapat lagu ini sebagai tanda aras baru dalam industri muzik Malaysia khususnya nasyid.
“Kami juga gembira apabila susunan muzik dan vocal dalam lagu ini juga mendapat pujian daripada penerbit lagu, Azlan Abu Hassan dan Damian Mikhail,” katanya.
Lagu ini dicipta dan ditulis oleh AWLA dan Wan Saleh, dengan Jenny Chin sebagai penerbit dan penyusun muzik serta vokal.
Selain mereka, turut terlibat dalam produksi ini ialah Steve Thornton (alat perkusi), Wan Gigi (gitar), JadLobo (susunan vokal), Ershad Mohd Azlan (cello solo), serta Fung Chern Hwei (viola solo). Strings orkestra pula telah dirakam oleh The Beijing International Master Philharmonic.
Ia turut disokong oleh Kementerian Komunikasi serta Kumpulan MyCreative Ventures, selari dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Madani yang menekankan sifat ihsan, kemampanan, dan keyakinan yang boleh kita pelajari dari kisah-kisah Rasul Ulul Azmi.
“Bekerja dengan Jenny Chin untuk Ulul Azmi adalah pengalaman yang sangat berharga. Ini projek nasyid yang saya paling suka selepas lebih 27 tahun dalam industri nasyid,” tambah Azahari.
“Saya suka idea Jenny yang mengadunkan muzik ala Disney dengan sentuhan Timur Tengah. Ia sesuai dengan latar belakang zaman dan tempat kelahiran nabi yang diceritakan dalam lagu,” kata Zuhaidi.
Sementara itu, Jenny berkata, Ulul Azmi adalah kolaborasi yang beliau tidak mampu tolak kerana mempunyai nilai yang istimewa dan tersendiri.
“2024 adalah tahun ke-40 saya dalam muzik dan saya sangat gembira dapat melahirkan Ulul Azmi bersama AWLA. Kebetulan, saya baru sahaja menjalani umrah pertama saya awal tahun ini. Ia adalah perjalanan kerohanian yang sangat istimewa,” katanya.
Untuk rekod, AWLA mula berkolaborasi dalam lagu dan persembahan sejak 2019, dengan matlamat bersama-sama untuk mencipta sesuatu yang berbeza dari lagu-lagu asal Saujana dan Nowseeheart.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Berang gambarnya digunakan tanpa izin untuk tujuan promosi skim pelaburan, Wak Doyok menerusi laman Instagramnya memberi amaran kepada pemilik akaun Facebook itu sebelum dia membuat laporan polis.
Menyatakan pemilik sepatutnya menggunakan wajah dan kereta sendiri untuk promosi.
“Saya nak bagi tahu kat admin page FB ni. Tolong buang pic saya untuk promosikan skim cepat pelingkup ni.
“Jangan sampai saya buat laporan polis kerana guna gambar untuk meraih keuntungan semata-mata.
“Gunalah gambar sendiri kereta sendiri yang nak gi petik gambar orang lain dah kenapa,” tulisnya memberi amaran.
Malah instafamous ini sempat membuat jenaka mengatakan bahawa dia adalah gangster.
“Tahu nak menipu je. Kau tak tahu saya ni lagi kepala gangstar dalam filem abang long fadil 2 dalam filem je la,” tambahnya lagi.
Netizen yang memandang serius perkara tersebut menyarankan agar Wak Doyok membuat laporan polis secepat mungkin kerana bimbang ada yang tertipu.
Foto – Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gadis cantik berambut perang, Krystyna Pyszková telah dinobatkan sebagai juara Miss World 2023. Dalam pertandingan itu diberjaya mengetepikan saingan 111 wakil lain dari seluruh dunia.
Baru berusia 25 tahun, Krystyna dilahirkan di bandar Trinec sebelum berpindah ke Prague untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi. Dia merupakan pelajar dalam bidang undang-undang dalam masa yang sama bekerja sebagai peragawati.
“Dimahkotakan sebagai Miss World ialah mimpi menjadi kenyataan. Saya sangat bangga kerana dapat mewakili negara saya dan memaparkan nilai ‘kecantikan dengan tujuan’ di platform global,” ujarnya kepada pemberita.
Format Miss World 2023 menyaksikan dari 112 peserta yang menyertai pertandingan sejak awal, mereka kemudiannya dikecilkan keada 40 peserta berpotensi sebelum dikecilkan lagi ke 12 peserta sahaja.
Dari 12 peserta mereka kemudiannya dikecilkan ke hanya lapan peserta sahaja sebelum diumumkan empat peserta terbaik untuk merebut gelaran uatama.
Selain Krystina, naib juara jatuh kepada wakil Lubnan, Yasmina Zeytoun manakala Ache Abrahams dari Trinidad & Tobago dan Lesego Chombo dari Botswana masing-masing berada di kedudukan empat terbaik.
Wakil Malaysia pula, Wenanita Angang hanya berjaya berada di kedudukan top 40 apabila gagal ke peringkat seterusnya.
Kali terakhir wakil Malaysia berjaya berada dalam kedudukan top 3 adalah pada tahun 1998 menerusi wakilan Lina Teoh Pick Lim yang berjaya mendapat tempat ketiga.
Acara yang diadakan di India itu mempamerkan persembahan yang kaya dengan budaya, tradisi, warisan, seni dan kraf serta tekstil India kepada khalayak global. Para peserta memakai skirt dan blaus bersulam tebal serta menari mengikut lagu-lagu popular Bollywood.
Pertandingan Miss World 2023 dihoskan oleh personaliti terkenal India, Karan Johar dan Miss World 2023, Megan Young.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia telah menerima bayaran daripada pihak pelanggan yang dikatakan terlupa untuk membuat pembayaran sewaktu menjamu selera di restorannya baru-baru ini.
Menurut Linda, pembayaran tersebut telah dibuat oleh rakan kepada pihak pelanggan tersebut pada Ahad.
“Tadi ada seorang wanita datang ke kedai dan bayarkan untuk customer semalam iaitu kawannya,” tulisnya.
Jelasnya lagi, individu tersebut memaklumkan pelanggan berkenaan sebenarnya terlupa untuk membuat pembayaran dan tiada niat untuk sengaja meninggalkan restoran tersebut.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh belas penyampai radio Era itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambah Linda, dia juga faham dengan keadaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang normal.
“Rupanya memang customer tu lupa nak bayar. Linda dah kata, kalau terlupa, takpe…halal. Bukan sengaja pun. Kita manusia, sifat terlupa itu memang ada.
“Apa pun terima kasih kepada yang bayar tadi. Linda akan turunkan posting sebelum ni,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan situasi tersebut sememangnya biasa berlaku selain turut mendoakan semoga Linda akan terus dimurahkan rezeki selepas ini.
“Rasa okay je Linda posting sebelum ni. Untuk peringatan semua. Memang ada customer lupa nak bayar balik. Baguslah datang bayar balik.
“Sebab tu akak suka order terus bayar sebab bila dah sembang, lupa dah dunia dan segalanya.
“Semoga murah rezeki lagi sis.
“Pernah berlaku makan satay tak ingat dunia. Dah sampai rumah baru teringat nak bayar makan belum bayar. Kelam kabut pergi balik restoran tu. Nasib baik dekat je dengan rumah.
“Kadang tu huru hara dengan anak-anak. Kadang terlepas pandang sikit. Tak sengaja. Well both parties are very positive,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Baru-baru ini, Linda ada berkongsi rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan sebuah keluarga meninggalkan restorannya tanpa membuat pembayaran.
Bagaimanapun, posting tersebut telah pun dipadam selepas pembayaran tersebut dibuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Onn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
"Ya kami sudah berpisah secara sah dan saya sudah tamat tempoh idah."
Demikian kata pelakon, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli...