Susulan satu status di Twitter yang mengaitkan dirinya dengan istilah ‘retis’, pengacara Jihan Muse tampil memberikan penjelasannya berhubung isu yang menimbulkan reaksi pelbagai di kalangan netizen itu.

Katanya sejak zaman teknologi dan viral ini, setiap apa yang dilakukan individu pasti akan wujud salah faham.

“Apa yang berlaku adalah salah faham, semenjak zaman internet ini. Dia macam ni, kita kadang-kadang menulis dan mendengar apa yang orang cakap itu tidak sama. Bila bercakap orang akan fahami, bacanya dalam nada yang lain. Saya pun tak tahu apa yang orang baca. 

 

“Apa yang saya tulis itu adalah berdasarkan kepada tweet yang dibuat Adibah Noor. Jadi saya pun perasan masih ada yang panggil retis. Ingatkan sudah tak ada sebab saya sendiri pun dah lama tak dengar istilah itu disebut. Jadi saya hanya buat satu lagi kenyataan baru, lagi dipanggil retis,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, pasangan hos Nabil Ahmad untuk program realiti Gegar Vaganza musim kelima ini juga turut menyatakan niat sebenarnya berhubung istilah ‘retis’ itu sendiri.

IKLAN

“Saya hanya nak beritahu, perkataan tersebut tidak wujud. Bukan nak marah sebab saya rasa retis itu bagi saya adalah bahasa pasar. Tiada isu pun” kongsinya lagi.

Ditanya adakah dia bersetuju dengan status yang dibuat penyanyi Terlalu Istimewa, Jihan turut menyatakan rasa setuju memandangkan Adibah merupakan seorang guru yang pasti akan memperbetulkan perkataan atau istilah yang kurang tepat.

“Betul sebab dia cikgu. Dia mainkan peranan untuk betulkan perkataan atau bahasa yang disalah sebut. Saya cuma iya kan perkataan itu tidak wujud. Tapi untuk dipanggil atau dijadikan bahan gurauan, saya tiada masalah pun. 

 

“Bukan saya tulis dont call me retis anymore. Tak ada pun,” terang Jihan.

Terdahulu, Jihan ditemui media sejurus selesai sidang media dan sesi memperkenalkan barisan peserta GV5 di Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur, pada Rabu.

IKLAN

IKLAN

Nah ini dia peserta GV5!

Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, 19 September 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI