Penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga merupakan penyanyi, Tasha Manshahar kini dilaporkan sedang hamil anak kedua.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Raqib sewaktu memuat naik foto kenang-kenangan di laman Instagram bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Bukan Foto Raya Biasa, Raqib Majid Dedah Tasha Manshahar Hamil Lagi! – “Nanti Boleh Main Dengan Muammar Sepahkan Rumah.”

Menurut Raqib, kehadiran cahaya mata kedua itunya nanti bakal menjadi peneman buat anak sulungnya yang kini telah pun menginjak usia dua tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raqib Majid (@raqibmajid)

“Salam Aidiladha dari saya, Tasha, Muammar dan adik Muammar. Baby nombor dua momi dedi ni inshaALLAH nanti boleh bermain dengan Muammar sepahkan rumah.

“Doakan kami dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya.

“Dan saya doakan jugak ibu-ibu yang mengandung dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya. Amin ya RABB,” tulisnya.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, bintang kelahiran Akedemi Fantasia (AF) musim ke-9 itu turut berharap agar semua pihak dapat memanjatkan doa semoga isteri serta kandungannya itu sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Bukan Foto Raya Biasa, Raqib Majid Dedah Tasha Manshahar Hamil Lagi! – “Nanti Boleh Main Dengan Muammar Sepahkan Rumah.” Bukan Foto Raya Biasa, Raqib Majid Dedah Tasha Manshahar Hamil Lagi! – “Nanti Boleh Main Dengan Muammar Sepahkan Rumah.”

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Raqib dan juga Tasha.

“Alhamdulillah, Muammar nak dapat adik.

IKLAN

“Mesti lagi comel family ni nanti. Suka tengok Kak Tasha buat Tik Tok.

“Tahniah Kak Tasha. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik. Stay safe.

“Muammar nak jadi abang dah. Tahniah Kak Tasha dan Abang Raqib.

“Tahniah kakak dan abang. Semoga diperluaskan lagi dak sentiasa berada didalam rahmatnya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

IKLAN

Terdahulu, Raqib dan Tasha telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 September 2018.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Muammar Rafiqi.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Bukan Foto Raya Biasa, Raqib Majid Dedah Tasha Manshahar Hamil Lagi! – “Nanti Boleh Main Dengan Muammar Sepahkan Rumah.”

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Raqib Majid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI