Budak Acah Gangster Buka Mulut Akhirnya…

Sebaik sahaja sebuah video aksi tunjuk samseng dua orang remaja Malaysia di sebuah tempat penginapan di Osaka, menjadi viral di media sosial, lelaki yang bertindak kasar ini mula bersuara di dalam sebuah video tentang isu ini.

Melalui video tersebut MH Online difahamkan kedua rakannya itu sudah pulang ke Malaysia. Namun, lelaki yang dikenali sebagai Ramadhan ini masih berada di sana dan cuba menjelaskan apa yang sebenar terjadi bagi mempertahankan dirinya sendiri.

“Di sini saya ingin menceritakan perkara yang sebenar berlaku. Kawan-kawan saya sudah balik, biar saya yang mempertahankan diri saya,” katanya dalam video berdurasi 35 saat.

Akui dengan kesilapannya, Ramadhan meminta maaf pada semua rakyat Malaysia kerana telah memalukan imej Malaysia dengan sikapnya sebegitu.

“Memang ya, saya minta maaf kepada semua kerana memang itu salah saya dan memang itu saya punya kesilapan telah memalukan rakyat Malaysia. Tetapi anda kecam saya anda marah saya, anda tidak tahu perkara yang sebenarnya berlaku. Anda terus tengok video itu dan menunding jari bahawa saya seorang sahaja yang salah,” katanya lagi.

Tetapi menurutnya, apa yang berlaku tidaklah seperti yang telah di viralkan. Sebaliknya dia menganggap tindakan sesetengah pihak yang menunding jari padanya itu tidak berasas sehinggakan nampak seperti hanya dia seorang yang salah.

IKLAN

Menurutnya lelaki berbaju biru yang berkerja di kawasan tersebut telah menyebabkan dia hilang kawalan kerana sudah tidak tahan dengan sikapnya yang terlalu suka mengarah dan selalu bersikap berlagak.

“Sebenarnya pergaduhan tidak akan berlaku jika si Qayum (lelaki berbaju biru) tidak memulakan pergaduhan. Dia yang selalu berlagak dengan kitorang, dia yang selalu mengarah-arahkan kitorang apa semua,” jelasnya sebelum video tersebut tamat.

Semalam, Ramadhan telah memuat naik satu kenyataan di akaun Facebooknya dan meminta semua netizen bersabar kerana akan memberi kenyataan dalam masa terdekat. Malah dia turut memberitahu dia belum bercerita pekara yang benar apa yang terjadi.

Apa pun MH Online harap, selepas ini Ramadhan ambil perkara ini sebagai ikhtibar. Tidak kisah siapa pun yang salah atau sebagainya jika ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik maka cubalah cari penyelesaian yang terbaik.

IKLAN

Paling penting elakkan daripada menghina orang dengan kata-kata yang kesat. Dunia semakin maju kehadapan dan bertamadun maka minda kita dan kelakuan kita turut perlu sebegitu.

Dalam masa yang sama, rakannya yang telah menumbuk diding juga telah membuat pengakuan dan memohon maaf secara terbuka. Menurutnya dia langsung tidak sedar apa yang terjadi kerana terlalu binggung memikirkan tentang duit yang diperlukan untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Ini dia video yang dimaksudkan.