Pelakon Ashraf Muslim meluahkan rasa syukur kerana dijemput Allah untuk menunaikan haji tahun ini.

Pelakon berusia 38 tahun itu merakam videonya di depan Kaabah serta menceritakan pengalaman terdahulu sebelum menunaikan Rukun Islam kelima itu.

“Ini adalah jemputan dari Allah dan perjalanan untuk dapatkan Haji cukup menarik.

“Saya tak perasan dan tak sedar sebelum ini ayah dulu , dia yang simpankan duit saya. Macam saya pergi Haji tak bayar langsung. Caranya mudah sahaja, tanggungjawab seorang ayah dan ibu. Contoh, waktu kecil, ayah saya dah masukkan duit dalam tabung haji setiap bulan dan dia pun dah potong gaji debit akaun sebanyak RM50 sehingga tahun 2006 dah berhenti bayar. 

“Waktu itu dalam akaun ada RM6 ribu dan tak cukup nak pergi Haji dan akaun ‘senyap’ tak buat apa-apa,” dedahnya.

Dipendekkan cerita, apa yang diusahakan pelakon ini segalanya dipermudahkan.

“Sehinggalah tahun 2019, duit dalam akaun jadi berganda. Ketika itu dapat surat tawaran, saya tertanya-tanya duit dalam akaun tak cukup, macam mana boleh pergi. Jadi saya ke kaunter yang berkenaan. 

“Kemudian, mereka cek baki ada hampir RM14 ribu. Jadi, duit berganda-ganda dari tahun 2006 hingga 2019 naik RM7 ribu ke RM8 ribu. Ini semua kuasa Allah, tanpa disedari.

“Saya amat berteima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak membantu memberi peluang untuk saya menunaikan Haji. 

IKLAN

“Kalau saya nak simpan duit, sampai ke tualah nak jejak kaki ke Tanah Suci ini,” kongsi Ashraf panjang lebar.

View this post on Instagram

Perjanan Haji ku… Syukur dikurniakan mak ayah yg sentiasa ingin terbaik untuk anak-anaknya. Terima kasih ayah dan mak sbb kesungguhan utk Along, Along dpt tunaikan haji.. terima kasih byk. Jasamu sungguhlah terlalu tinggi nilainya.. Rindu ayah dan Rindu Mak. . . Rukun Islam yg ke-5 adalah perkara yg paling terakhir kita perlu lakukan. Ada byk cara kita boleh lakukan bg memastikan kita mampu kesana iaitu buat simpanan awal-awal supaya kita dan ahli keluarga boleh menjalan ibadah dalam usia yg muda, bila muda bdn masih ada tenaga, sihat dan cerdas. Ibadah haji bukan sahaja perlukan spiritual dalaman (rohani) malah kekuatan fizikal dan mental. Perlu kita study dr pelbagai segi sudut utk kita mampu menunaikan haji. So pada sahabat-sahabat semua, saya syorkan supaya mulakan simpanan duit dan register haji melalui Tabung Haji sbb byk kelebihan anda akan dapat. Yup.. saya dah laluinya dgn rm 9980 saya dapat datang ke tanah suci selama 40 hari bg mengerjakan ibadah haji bersama muassasah TH. Siapa lagi nak bagi harga yg mcm ni. Ini belum lagi cerita pasal servis mereka yg makin bagus dr sebelum ini dan makanan pun makin berselera. Senang cerita, Value yg jemaah haji dapat agak tinggi berbanding duit yg dibayar. So fikir-fikirkanlah sahabat. Jgn buang masa. Assalamualaikum. . . Salam dari Mekah . . #PerjalananHajiku #AMHajj #muassasahTH @lembagatabunghaji . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Malah, pelakon Dia Menantu Rahsia itu bersyukur kerana ibu bapanya sentiasa memberikan yang terbaik buat dirinya dan adik-adiknya.

“Perjalanan Hajiku

“Perjanan Haji ku…
Syukur dikurniakan mak ayah yg sentiasa ingin terbaik untuk anak-anaknya. Terima kasih ayah dan mak sbb kesungguhan utk Along, Along dpt tunaikan haji.. terima kasih byk. Jasamu sungguhlah terlalu tinggi nilainya.. Rindu ayah dan Rindu Mak.

IKLAN

“Rukun Islam yg ke-5 adalah perkara yg paling terakhir kita perlu lakukan. Ada byk cara kita boleh lakukan bg memastikan kita mampu kesana iaitu buat simpanan awal-awal supaya kita dan ahli keluarga boleh menjalani ibadah dalam usia yg muda, bila muda bdn masih ada tenaga, sihat dan cerdas.

“Ibadah haji bukan sahaja perlukan spiritual dalaman (rohani) malah kekuatan fizikal dan mental. Perlu kita study dr pelbagai segi sudut utk kita mampu menunaikan haji. 

“So pada sahabat-sahabat semua, saya syorkan supaya mulakan simpanan duit dan register haji melalui Tabung Haji sbb byk kelebihan anda akan dapat.

“Yup.. saya dah laluinya dgn rm 9980 saya dapat datang ke tanah suci selama 40 hari bg mengerjakan ibadah haji bersama muassasah TH. Siapa lagi nak bagi harga yg mcm ni.

“Ini belum lagi cerita pasal servis mereka yg makin bagus dr sebelum ini dan makanan pun makin berselera. Senang cerita, Value yg jemaah haji dapat agak tinggi berbanding duit yg dibayar. So fikir-fikirkanlah sahabat. Jgn buang masa. Assalamualaikum, tulis Ashraf panjang lebar.

IKLAN

Terdahulu, Ashraf berangkat ke Tanah Suci pada 2 Ogos lalu dan meninggalkan dua orang isterinya iaitu Noor Dayana Lokman (berkahwin pada 2011) dan Wan Sakinah Wan Subari (berkahwin pada 2013).

Hasil kedua-dua perkahwinan tersebut Ashraf dikurniakan empat cahaya kesemuanya.

Menerusi perkahwinan pertama, Ashraf dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.

Manakala perkahwinan kedua, Ashraf dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim… Dengan rasa penuh bersyukur pada Allah swt. Setelah melalui pelbagai dugaan, halangan dan keseronokkan dalam berihram selama 9 hari, berwukuf di Arafah dimana diturun rahmat Allah setelah 19 tahun tidak pernah hujan tapi pada waktu itu hujan cukup untuk memberitahu yg Allah ini Maha besar. Kemudian bermabit di Mudzallifah hanya lepak sekejap di sana dan kemudian bermalam di Mina bg melontar jamrah, dimana kami semua berjalan kaki sejauh 7 ke 8km pergi balik utk melontar selama 3 hari berturut-turut. Seronoknya bila bersama-sama jemaah Muassasah TH di dalam satu khemah. Tidak ada beza pangkat atau kaya atau popularnya seseorang itu. Kami disini ingin mencari perkara yang satu iaitu mendambakan diri utk Allah, memohon keampunan dan pembersihan hati utk mendapat nikmat dari Allah yg tak terjangkau akal kita. Allahuakbar.. masih tak percaya AM telah selesai menunaikan tanggungjawab kita sbg umat islam iaitu rukun islam yg ke-5. Kalau nak cerita mcm2 kalau boleh.. tp sbb nak azan isyak jap lagi so nnti AM cerita lagi.. . . @lembagatabunghaji #IslamItuIndah #PerjalananHajiKu . . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #SalamsayangSampaiKeSyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya. Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung. Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt.. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji. Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah org sekeliling yg menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,Anas  dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk ber'spiderman', teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya. Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy . . #Labaiqallahummalabaik #HadirkuSebagaiDhuyufurrahman #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Foto : Instagram Ashraf Muslim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI