Penghibur, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melancarkan Tabung Kebajikan Sitizoner khusus bagi para peminat yang kurang bernasib baik. Siti, 39, melancarkan tabung berkenaan bersempena dengan Majlis Ulangtahun Sitizoner ke-14, di Metro Mall, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut penyanyi Segala Perasaan ini, tabung tersebut dilakukan atas inisiatif sendiri kerana telah menganggap para peminat adalah sebahagian daripada keluarga.
“Jujurnya, tabung berkenaan sudah pun diwujudkan, cumanya ia dilancarkan secara rasmi pada majlis ulang tahun ini. Sebelum ini, ia hanya diwar-warkan menerusi laman FB rasmi kelab peminat. I
“Ini juga merupakan inistitif saya bersama pengurus dan tabung ini adalah khusus untuk mereka yang ditimpa musibah. InsyaAllah, tabung ini akan diteruskan dalam majlis ulangtahun kami setiap tahun,”katanya kepada MH optimis.
Menerusi majlis ulang tahun kali ini, empat orang peminatnya telah menerima sumbangan Tabung Kebajikan Sitizoner.
Mereka ialah Irham Hafidz, Shaihanim Shariff, Zarina Omar, dan juga waris kepada peminatnya yang baru sahaja meninggal dunia dari Indonesia, Darjadi Duprayitno Dapat.
Sementara itu, Siti turut menjelaskan sebahagian yuran penyertaan sempena program ini juga akan disalurkan ke dalam tabung berkenaan, termasuk sumbangan peribadi darinya.
Dalam perkembangan lain, Penyanyi Nombor Satu Negara ini juga secara eksklusif turut mengalunkan lagu Comel Pipi Merah, yang dirakamkan khas buat anak sulung yang bakal lahir Mac depan.
Berkongsi mengenai lagu barunya itu dengan lebih lanjut, Siti mengakui lagu itu adalah sebagai hadiah buat bayi yang bakal lahir selain mahu dedikasikan lagu berkenaan kepada seluruh para ibu di Malaysia. Jom dengarkan lagu tersebut yang boleh ditonton menerusi LV FB Media Hiburan. Enjoy!
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155345388598435/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI