Baru-baru ini, penyanyi Haqiem Rusli yang kini bergelar seorang suami telah meraikan ulang tahun kelahiran isteri, Anis Sofea, beberapa hari lalu.
Menerusi entri di akaun media sosial Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Mimpi ini turut berkongsi momen ketika menyambut hari istimewa itu bersama isteri tercinta.
Mencuri tumpuan ramai, pasangan ini dilihat sedang menikmati makan malam istimewa bersama dengan bertemankan cahaya lilin dan taburan kelopak bunga mawar.
Pada masa sama, Haqiem juga ada menitipkan ucapan istimewa buat suri hatinya itu.
“a special day for my wife,happy belated birthday love,thank you so much for being a good wife for me.𝐈 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐘𝐎𝐔 𝐌𝐘 𝐋𝐎𝐕𝐄,” tulisnya dalam bahasa Inggeris.
Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari mengakui berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk bertemu dengan pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid sebagai kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Menurut Shafeeqa, meskipun kejutan tersebut terjadi tanpa dirancang, namun dia tetap gembira apabila dapat bertemu dengan insan hebat tersebut secara lebih dekat.
“Sejuk je wajah beliau. Alhamdulillah. Dapat jumpa insan yang saya kagumi. Selalu tengok dekat youtube, live fb je.
“Dapat tengok live hari ni. Saya dapat suami tak pandailah nak buat surprise. Nak sorok-sorok berahsia dengan saya memang dia tak pandai. Mesti kantoi saya ni teliti orangnya.
“Tapi hari ni dapat suprise. Allah yang bantu dia suprisekan saya. Tiada anniversary dinner.
“Dia bawak saya pergi masjid lah. Tak plan pon tapi sampai Bukit Jelutong tu ngam-ngam ada @habibalizaenalalhamid ,” tulisnya.
Perasaan gembira itu dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, dia dan suami kini sedang berusaha memperbaiki diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.
“Dapatlah dengar ceramahnya live. Ada setiap selasa minggu kedua dan minggu terakhir setiap bulan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam.
“Kawan-kawan yang teringin nak dengar live ceramah dia bolehlah pergi masjid Bukit Jelotong ya. Selasa selepas Magrib.
“Alhamdulillah, kita bukan orang baik tapi kita nak jadi sebahagian dari orang-orang baik. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan ubah. Insyaallah, sama-sama kita ya @akueatu . Terima kasih,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga rumahtangganya bersama Atu akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Shafeeqa dan Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kuna Doli Sharif telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan viral yang kini bersaing di Big Stage 2022, Ahmad Iqbal Zulkefli menyatakan mahu berbincang dengan pihak produksi sekaligus berhasrat untuk menarik diri dari terus bertanding.
Menurut Iqbal, dia merasakan tidak layak untuk terus berada di pentas besar berkenaan dan perkara tersebut diluahkan penyanyi lagu Hujan ini ketika ditemu bual di Big Stage Live Plus, malam tadi.
Muncul mengejut pada konsert pengenalan, Iqbal turut mempersoalkan kewajaran markah 5 peratus yang diberikan juri tetap, Ajai sejurus dia selesai membuat persembahan.
“Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah pada juri profesional. Cuma bilalima markah tu, jadi tertanya… apa yang buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa yang masalahnya, apa yang sampai begitu?
“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okay je. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk saya berada di sini.
“Untuk minggu hadapan saya rasa kena bincang dengan Astro untuk saya rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tidak menyertai lagi.
“Saya memang serius kalau buat lagu semua… tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius cuma sedar kemampuan itu setahap mana. Saya tak mahu merosakkan industri sebenarnya. Saya sedar diri sayalah.
“Tapi andai kata ada peluang, jangan memandang rendah pada saya juga. Kita tidak tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lagi kan?,” katanya.
Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia pada awalnya menolak pelawaan untuk menyertai Big Stage.
“Saya sebenarnya dijemput oleh Astro saya kira dalam dua bulan yang lepas. Saya tolak berulang kali hingga sampai satu masa saya rasa tak boleh sombong sedangkan media sudah panggil banyak kali.
“Tapi pada masa sama sebenarnya saya sedar, saya bukan layak untuk menyanyi di sini. Tapi saya cuba yang terbaiklah,” katanya.
Ditanya mengenai reaksi selepas mengetahui bekas majikannya, Datuj Seri Vida sebagai Presiden Netizen, Iqbal tidak menafikan ia sedikit sebanyak mengganggu konsentrasinya ketika membuat persembahan.
“Sedikit sebanyak tu ada juga mengganggu kerana saya tidak tahu yang beliau ada di sini, Astro tidak beritahu. Jadi banyak kejutan. Saya balik (ke Malaysia) pun terus tak ada latihan sangat… satu kali pilihan pilih lagu terus menyanyi dengan baju semua…
“Semua orang surprised, macam tu. Apa lagi saya yang ‘bermain’ atas pentas ni. Saya berharap kepada semua tidak judge saya sebab ini bukan saya sangat nak beriya-iya nak join semua. Saya cuma lakukan yang terbaik,” katanya lagi.
Sejurus saingan minggu pertama yang tiada penyingkiran dilakukan, usahawan asal Kelantan itu berada di kedudukan tercorot dengan markah keseluruhan 18.8 peratus.
Manakala dua peserta lain di kedudukan paling bawah ialah Syafiq Abdullah dan Megat Rahim, namun Megat tidak membuat persembahan berikutan masalah kesihatan.
Minggu pertama Big Stage 2022 menyaksikan Aishah Retno meraih markah tertinggi, manakala tempat kedua Daniel Chuer dan Yasmin Aziz di tangga ketiga.
Big Stage 2022 menyaksikan Ajai bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza berada di posisi juri tetap dan Juri Juara merupakan juri jemputan dan mereka terdiri daripada selebriti yang pernah bergelar juara untuk semua program di saluran Astro.
Mas Idayu diperkenalkan sebagai Juri Pedas yang akan memberi kritikan panas kepada semua peserta di samping Vida, Presiden Netizen yang akan membaca komen-komen media sosial sepanjang program berlangsung.
Big Stage bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Alif Satar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan viral yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama diumumkan tersingkat dalam saingan minggu kedua program nyanyian, Big Stage 2022.
Memperolehi markah sebanyak 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus daripada penonton, Iqbal akur dengan keputusan dan rezekinya di Big Stage hanya bertahan selama sampai ke minggu kedua sahaja.
Mengulas mengenai penyingkiran Iqbal, juri tetapnya, Ajai berkata, Iqbal merupakan peserta yang tepat untuk meninggalkan pentas Big Stage 2022 bagi minggu lalu.
“Dia merupakan orang yang betul untuk meninggalkan Big Stage 2022… Bukan nak katakan dia tidak betul, tetapi itu sudah peraturannya.
“Bukan hanya pada juri semata-mata, malah orang luar pun tahu apabila mendengar (persembahan Iqbal). Dia ada atau tidak dalam pertandingan, sama sahaja sebab kita masih menjalankan tanggungjawab sebagai juri.
“Sudah-sudahlah dengan kecaman. Setiap individu perlu menjaga maruah masing-masing,” ulas Ajai.
Sementara bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia menasihatkan semua peserta yang masih tinggal untuk meneruskan persaingan secara kompetitif.
“Keputusan yang dibuat betul dan Iqbal sendiri mengakui semua ini. Semua harus menerima dan ia merupakan satu hal yang terbaik untuk semua pihak.
“Kepada semua peserta, mereka harus all out. Tiada siapa overshadow sesiapa. Sekarang ini masing-masing perlu tunjukkan kehebatan. Tiada istilah belum bersedia. Apabila berada di atas pentas, kena all out,” katanya.
Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.
Setakat ini, 11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.
Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).
Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.
Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...