Usahawan viral yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli menjadi peserta pertama diumumkan tersingkat dalam saingan minggu kedua program nyanyian, Big Stage 2022.

Memperolehi markah sebanyak 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus daripada penonton, Iqbal akur dengan keputusan dan rezekinya di Big Stage hanya bertahan selama sampai ke minggu kedua sahaja.

Mengulas mengenai penyingkiran Iqbal, juri tetapnya, Ajai berkata, Iqbal merupakan peserta yang tepat untuk meninggalkan pentas Big Stage 2022 bagi minggu lalu.

Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…” Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…” Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…”

“Dia merupakan orang yang betul untuk meninggalkan Big Stage 2022… Bukan nak katakan dia tidak betul, tetapi itu sudah peraturannya.

“Bukan hanya pada juri semata-mata, malah orang luar pun tahu apabila mendengar (persembahan Iqbal). Dia ada atau tidak dalam pertandingan, sama sahaja sebab kita masih menjalankan tanggungjawab sebagai juri.

“Sudah-sudahlah dengan kecaman. Setiap individu perlu menjaga maruah masing-masing,” ulas Ajai.

IKLAN

Sementara bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia menasihatkan semua peserta yang masih tinggal untuk meneruskan persaingan secara kompetitif.

“Keputusan yang dibuat betul dan Iqbal sendiri mengakui semua ini. Semua harus menerima dan ia merupakan satu hal yang terbaik untuk semua pihak.

“Kepada semua peserta, mereka harus all out. Tiada siapa overshadow sesiapa. Sekarang ini masing-masing perlu tunjukkan kehebatan. Tiada istilah belum bersedia. Apabila berada di atas pentas, kena all out,” katanya.

Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…”Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…”Ajai & Siti Ulas Penyingkiran Iqbal Zulkefli – “Semua Harus Menerima Dan Ia Satu Hal Yang…”

IKLAN

Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.

Setakat ini, 11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

IKLAN

Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI