Ads

‘Buat Kebaikan Bukan Buat Video Bodo…I Mean Bobo”- Wardina Saffiyyah Tegur Sebab Sayang 

Pelakon Wardina Safiyyah menyelar tindakan Datuk Seri Aliff Syukri susulan tular di media sosial mengenai promo lagu terbaru gandingannya bersama dua lagi bintang yang turut disertakan dengan tarian ‘mengundang’.

Wardina menerusi sebuah entri di Instagram menyifatkan tindakan usahawan tersebut sebagai tidak sepatutnya dan melampau.

Ads

“Berlumba-lumba buat kebaikan bukan buat video dan lagu Bodo…I mean bobo. sakit jiwa jap  I think he crossed the line there. Tegur sebab sayang. love you @shahidadherbs And yes I PM-ed her personally. Mintak tak ada yang nyanyi, rakam dan ikut challenge bodoh ni harapnya. For the sake of him and everyone I hope this silly song backfires big time! Why did I even open my FB?? Lagi elok tak tau! Urgh!” tulisnya.

Tambah Wardina, DS Aliff sepatutnya berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan bukannya melakukan video yang menunjukkan tarian kurang sopan itu.

Dalam pada itu, Wardina turut memberi tahu, dia ada menghubungi DS Shahida secara peribadi untuk memberi teguran atas dasar peduli dan sayang.

Ads

Wardina juga menasihati orang ramai supaya tidak merakam dan terikut-ikut dengan cabaran tersebut.

Ads

Terdahulu, DS Aliff dan Nur Sajat bakal melancarkan  lagu duet terbaru mereka yang turut menampilkan bintang seberang Lucinta Luna tidak lama lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Foto: Instagram Wardina Safiyyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Bella Astillah & Syed Saddiq Cipta Sejarah! Pasangan Pertama Diijabkabulkan Di...

Tahniah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yabg telah sah bergelar isteri kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas pasangan...