Juara program realiti, Raja Lawak musim kedua pada tahun 2014, Nabil Ahmad kini lebih cenderung di dalam bidang pengacaraan berbanding daripada kerjayanya yang dikenali sebagai seorang pelawak sebelum ini.

Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad kini sudah bergiat di dalam industri seni lebih kurang sembilan tahun dan dikenali sebagai pelawak tetapi kini dia berkata bahawa dia sudah tidak mahu untuk membuat persembahan lawak di siaran-siaran tv dan lebih selesa untuk menjadi pengacara.

“Saya sudah tak nak buat lawak (persembahan televisyen). Sekarang ini saya lebih selesa buat pengacaraan.

Bagi anak kelahiran Negeri Sembilan ini, sebelum dirinya dihina kerana gagal membuat hati penonton yang menyaksikan persembahan lawaknya untuk ketawa, lebih baik dia mengundurkan diri daripada pentas lawak.

IKLAN

Nabil juga berkata bahawa dia kini mahu mencuba sesuatu yang baru dengan bekerja di belakang tabir dan membuat skrip.

“Saya nak buat sesuatu yang baru. Cuba kerja belakang tabir dan buat skrip. Saya mahu orang tengok kebolehan lain yang saya ada.

“Ada banyak cara nak kembangkan idea sebagai pelawak. Kini saya suka tulis skrip dan tengok orang lain keluarkan lawak saya,” katanya.

Menurut Nabil, dia tidak mahu menjatuhkan air mukanya sendiri hanya kerana harus bersaing dengan pelawak-pelawak baru yang mempunyai peminat mereka yang tersendiri.

IKLAN

“Sebagai pelawak kita kena tahu batasan waktu. Buat apa nak rendahkan maruah diri untuk bersaing dengan orang muda.

“Saya pernah masuk pertandingan lawak dan tak pernah tersingkir walaupun secara solo. Pencapaian itu tak cukup bagus?

“Jadi buat apa nak masuk sampai tersingkir? Buat apa tunggu sampai orang dah tak suka?,” katanya.

Nabil, 34, kini sudah mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Nabil Production Sdn Bhd dan bakal menerbitkan sebuah sitkom tidak lama lagi.

IKLAN

Sitkom pertama terbitan syarikat produksinya yang berjudul ‘Bas Stop’ ini bakal menampilkan Sherru Alhadad, Abby Yus, Angah Raja Lawak dan Ippo Hafiz sebagai watak utama.

“Saya menjanjikan kelainan dalam sitkom ini. Kami nak kembalikan fenomena sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang popular pada masa dulu.

“Ia merupakan idea saya bersama beberapa individu lain. Kelainan yang bakal ditampilkan termasuk merealisasikan impian untuk membawa masuk sebuah bas persiaran ke dalam studio.

“Bas itu bukan sekadar prop yang statik, sebaliknya ia akan bergerak membawa astis jemputan sebelum turun di perhentian bas yang menjadi subjek utama sitkom ini,” katanya.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI