Personaliti media sosial, model dan pelakon, Brittany Renner sudah genap tujuh bulan memeluk agama Islam. Satu keputusan mendalam yang diambilnya dalam fasa kehidupan.

Biarpun pada mulanya ramai yang meragui penghijrahannya semata-mata untuk konten media sosial serta menarik perhatian semata-mata, ternyata semuanya tidak benar.

Dia kini lebih istiqamah dan terus memegang ajaran Islam dengan baik dan kelihatan selesa mengenakan hijab sebagai pakaian harian.

Baru-baru ini ibu kepada seorang cahaya mata ini berkongsi di Instagram mengenai keterujaannya menyambut bulan Ramadan yang mulia buat pertama kali.

“Hidup saya telah bertambah baik dalam setiap aspek sejak Allah mengurniakan saya Islam dan saya mengucapkan Shahada. Betapa besarnya nikmat dapat hidup dan sihat untuk merasai Ramadan pertama saya,” kongsinya.

Ads

Brittany Renner Kekal Istiqamah Selepas 7 Bulan Peluk Islam, Syukur Dapat ‘Bertemu’ Bulan Ramadan

Sebelum ini, Brittany pernah berkongsi bagaimana dia boleh tergerak hati untuk mengenali Islam dan proses menerima hidayah.

BACA JUGA: Personaliti Media Sosial, Brittany Renner Umum Peluk Agama Islam – “Saya Mencari Kebenaran Sepanjang Hidup…”

Ads

“Tidak, saya tidak memilih Islam. Saya belajar yang tuhan memilih siapa yang dikehendakinya untuk mendapat hidayah. Ramai orang konon-konon kenal saya, tahu apa yang saya buat.

“Saya mencari kebenaran sepanjang hidup, mencari panduan. Melihat kepada bintang, astrologi, numerologi tetapi kebenaran sebenarnya adalah panduan daripada tuhan.

“Jika kita tidak hidup kerana tuhan kita hidup untuk orang lain. Hidup saya telah menjadi refleksi kepada perkara itu,” kongsinya.

Ads

Sebelum mencipta nama di media sosial dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai jenama terkenal, Brittany pernah bekerja sebagai jurujual serta jurulatih zumba.

Selain dikenali sebagai personaliti media sosial, dia juga pernahmuncul sebagai pelakon jemputan dalam drama bersiri The Haves and the Have Nots serta American Soul.

Untuk makluman, wanita berusia 32 tahun ini sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pemain NBA terkenal, P.J. Washington. Hasil hubungan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak yang kini berusia empat tahun.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI