Selepas 16 tahun, penyanyi pop terkenal ini hamil sekali lagi. Dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram dalam satu perkongsian panjang pagi ini (waktu Malaysia). Kehamilan ini adalah hasil hubungannya bersama tunang, Sam Asghari.
Britney sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Sean Preston dan Jayden, masing-masing berusia 16 dan 15 tahun hasil perkongsian hidupnya bersama bekas suami, Kevin Federline.
Britney bersama dua anaknya.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, pelantun lagu popular Baby One More Time ini berkata, “Saya menghilangkan banyak berat badan semata-mata mahu ke percutian di Maui dan kemudiannya berat badan bertambah. Apakah yang berlaku kepada perut saya sebenarnya?
“Suami pula berseloroh mengatakan yang saya ‘mengandung’ makanan. Dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk membuat ujian kehamilan dan keputusannya, saya mengandung!”
Di sebalik perkongsiannya ini, Britney turut berkongsi pandangan pengenai kemurungan perinatal yang dihadapi oleh wanita mengandung yang jarang dibahaskan sebelum ini.
Ads
“Sukar kerana semasa saya mengandung dahulu, saya mengalami kemurungan perinatal. Saya perlu mengatakan yang situasi itu sangat mengerikan. Sebelum ini wanita tidak berani bercakap mengenainya.
“Sesetengah orang menganggap ia berbahaya jika seorang wanita mengadu seperti itu dengan bayi dalam dirinya. Tetapi kini wanita bercakap tentangnya setiap hari, terima kasih Jesus kita tidak perlu merahsiakan kesakitan itu sebagai rahsia,” ujar wanita berusia 40 tahun ini.
Ads
Di sebalik berita gembira yang disampaikan, ramai membuat spekulasi yang pelantun lagu Toxic ini sudah berkahwin dengan tunangnya kerana dia secara terang-terangan memanggil model dan jurulatih kecergasan itu dengan gelaran suami.
Britney dan Sam bertemu ketika penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016.
Pada 2021, Britney telah berjaya mengeluarkan dirinya dari conservatorship di bawah seliaan ayahnya yang berlaku lebih 13 tahun. Kini dia tampil lebih bebas dan memiliki semua hak terhadap harta, kehidupan dan perjalanan kerjayanya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Kredit foto: Instagram Britney Spears
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika menyaksikan malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) di Putrajaya tempoh hari yang menyaksikan filem One Two Jaga diangkat sebagai filem terbaik tahun ini, mata kami turut tertumpu dengan rakan selebriti yang hadir.
Selain persalinan mereka yang menjadi perhatian ramai, tak kurang ada ‘mata-mata’ yang perasaan ada di antara selebriti yang hadir berteman bersama seseorang.
Misalnya, pelakon cantik Puteri Aishah yang turut menjadi senarai akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan menerusi filem epik, Pulang.
Kisahnya, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi Pencarian Dewi Remaja 2015 itu hadir berpimpinan tangan saat melangkah menuju ke tempat duduk di dalam dewan.
Malah, sejurus majlis tamat bintang muda berkenaan turut dilihat keluar bersama-sama dengan lelaki kacak yang lengkap mengenakan sut serba hitam itu. Nah, ini antara foto kandid yang sempat dirakam.
Ehem… siapa gerangan lelaki kacak tu Puteri? Tak salah pun kan kalau ada apa-apa pun memandangkan Puteri pun masih lagi solo. Tak gitu?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas pulih daripada serangan gastrik, pelakon dan usahawan, Wawa Zainal mendedahkan anak perempuannya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pula kini mengalami masalah sesak nafas.
Menurut Wawa, dia bimbang jika penyakit-penyakit ini berlaku disebabkan ada pihak yang berasa kurang senang dengan perniagaan kek batik yang diusahakan anaknya itu.
“Kesian anak mama. Tiada kahak pun tapi sesak nafas. Dia kata susah nak bernafas. Saya pun tak pasti adakah ini yang di namakan ‘ain’? NauzubillahMinzalik,” tulisnya di Instagram.
Mohon Maaf
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aeril Zafriel turut memohon maaf jika dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
“Sama minta maaf dan ampun sangat-sangat kalau kehadiran kek batik Hayla membuatkan sesetengah pihak kurang senang.
“Alhamdulillah saya sudah pulih selepas kena gastrik teruk kelmaren tapi Hayla pula ganti sesak nafas,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia sebenarnya tidak mahu namanya menjadi perhatian namun ini merupakan komitmen yang harus dilakukan sebagai usahawan.
“Korang ada tak amalan untuk menghindarkan ain? Jangan cakap jangan posting apa-apa. Sebagai bisnes owner kami la muka hadapan yang kena promote the bisnes.
“Kalau diberi pilihan tak posting apa-apa saya nak. Tak perlu ada socmed pun tak mengapa. Tapi apakan daya, siapa lagi nak promote jualan kita kalau bukan kita sendiri,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain mendoakan semoga Hayla lekas sembuh.
Sabtu lalu, Aeril memaklumkan Wawa telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami gastrik yang teruk.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, usahawan dan bintang media sosial popular, Khairul Aming berkesempatan membawa kesemua pekerja perniagaan makanan Sambal Nyet bercuti di Genting Highland.
Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi momen percutian selama empat hari tiga malam itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Serentak dengan itu, Khairul memberitahu ini, ia adalah sebagai salah satu usaha syarikat bagi menghargai jasa para pekerjanya.
“Company retreat staff Sambal Nyet di Genting Highland selama 4H3M,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap murni anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini sebagai majikan yang pemurah.
Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan agar usahawan berusia 30 tahun ini supaya terus sukses dan maju dalam dunia perniagaan makanan.
“Alhamdulillah terbaik KA.Menyantuni & menghargai staff.Semoga terus maju & diberkati,” puji seorang netizen.
“Bestnyaaa. Ada kerja kosong tak Min?,” tanya seorang wargamaya lain.
“Best sbb nampak mostly yg keje dgn aming tu budak2 muda…aming dah provide peluang
pekerjaan utk belia2 kampung beliau,” luah netizen.
“Murah rezeki khairulaming. Ramai betul staff dia,” titip doa wargamaya.
Sekadar informasi, Khairul mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan selepas memperkenalkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu Sambal Nyet, sekitar tahun 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Khairul Aming
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.