Diva pop terkenal ini sudah lama menderita akibat sistem conservatorship yang dikenakan kepada dirinya. Setelah lebih 13 tahun hidupnya dikawal oleh ayahnya sendiri, akhirnya kini dia bebas dan boleh melakukan keputusan sendiri.

Menerusi hantara-hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata ini benar-benar menikmati kebebasan yang baru dimilikinya.

Bakal Melangsungkan Perkahwinan, Britney Spears Tidak Rancang Jemput Ahli Keluarganya Buat Masa Ini

Terbaharu, khabar yang dirinya bakal mendirikan rumah tangga telah tersebar luas. Menurut laporan sumber dalaman kepada US Weekly, bintang terkenal itu sudah pun dalam proses untuk merangka persiapan perkahwinannya. Umum mengetahui yang dia sudahpun bertunang dengan model dan juga jurulatih kecergasan, Sam Asghari pada September lalu.

Menurut sumber, “Britney sudah tidak sabar untuk berkahwin dan memulakan kehidupannya. Mereka telah pun memulakan perancangan dan Britney sangat gembira kerana dia akhirnya boleh membuat keputusan ini.”

BACA JUGA: “Keluarga Sendiri Menyakiti Saya Lebih Dalam Dari Yang Anda Tahu,”- Britney Spears Mahukan ‘Keadilan’

IKLAN
Bakal Melangsungkan Perkahwinan, Britney Spears Tidak Rancang Jemput Ahli Keluarganya Buat Masa Ini
Britney menunjukkan cincin pertunangan bertatah berlian.

Sejak kes conservatorship ini dibawa ke mahkamah, dan mendapat liputan hangat seluruh dunia, hubungan Britney dan keluarganya tidak begitu baik. Dia sendiri menyatakan yang ahli keluarganya banyak menyakitinya dan mempergunakannya hanya untuk mendapatkan wang.

“Buat masa sekarang, tidak ada seorang pun daripada ahli keluarganya yang dijemput untuk ke perkahwinan tersebut,” jelas sumber tersebut lagi.

Bakal Melangsungkan Perkahwinan, Britney Spears Tidak Rancang Jemput Ahli Keluarganya Buat Masa Ini
Britney bersama dua orang anaknya

Mengimbau kembali kes conservatorship penyanyi yang mula meledak namanya menerusi lagu Baby One Time ini. Sejak tahun 2008 dia tidak boleh mengurus atau membuat keputusan sendiri apabila hakim meletakkan penjagaannya dibawah ayahnya.

Sebelum timbulnya isu ini, peminat-peminatnya mula menjalankan kempen #FreeBritney apabila mereka boleh menghidu yang hidup bintang pujaan mereka itu dikawal oleh keluarganya. Britney kemudiannya pada Jun lalu berbicara kepada umum tentang sekatan undang-undang terhadap kehidupannya.

IKLAN

BACA JUGA: “Saya Sangat Gembira,” – Britney Spears Akhirnya Terlepas Dari Cengkaman Bapa

Sumber: US Weekly

Kredit foto: Instagram Britney Spears & Sam Asghari

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI