Entah apa yang difikirkan oleh penyanyi terkenal ini. Britney Spears telah mengumumkan kepada umum bahawa dia telah pun ‘mengahwini’ dirinya sendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil mengenakan busana gaun satin berona putih siap dengan layah labuh mencecah lantai.
“Hari yang mana saya mengahwini diri saya sendiri. Berkongsi video ini kembali kerana ia mungkin memalukan atau kelihatan bodoh.
“Tetapi saya rasa ini adalah salah satu perkara paling menakjubkan yang pernah saya lakukan,” tulis Britney pada kapsyen hantaran tersebut.
Imbas kembali, penyanyi yang diberi gelaran Princess of Popini pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini.
Suami pertamanya adalah rakan sekolahnya sendiri, Jason Allen Alexander, yang dikahwini selama 55 jam sahaja pada 2004.
Ads
Kemudian dia berkahwin dengan penari, Kevin Federline, pada tahun yang sama sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Ads
Terbaharu, Britney berkahwin dengan model dan jurulatih kecergasan, Sam Asghari pada 2022. Malangnya, perkahwinan itu bertahan selama 14 bulan sahaja.
Minggu keempat program realiti, Kilauan Emas 2024 malam tadi menyaksikan hampir semua peserta mempamerkan kualiti vokal dan persembahan yang lebih menyakinkan.
Meski tiada penyingkiran dilakukan, namun situasi tersebut nyata memberi tekanan kepada semua peserta susulan ada kemungkinan lebih daripada seorang yang bakal tersingkir selepas ini.
Lagu ‘Galau’ Maria Bawa Tuah, Datuk Jalaluddin Puji Sue Cantik!
Penghayatan mendalam dengan vokal memukau nyata memberi kelebihan kepada Maria apabila dia menggunguli trofi Emas Berkilau of The Week buat kali ketiga berturut-turut.
Menyampaikan lagu hits daripada Zaiton Sameon berjudul Kabut Serangkai Mawar dengan cara tersendiri, Maria berada di posisi tertinggi di kalangan sembilan peserta lain minggu ini dengan 80.63 peratus.
Bagi Maria, dia mahu membawa lagu berkenaan dengan sebaik mungkin walaupun dia awlanya sebak dan hampir menitiskan air mata ketika membuat persembahan.
Menurut Maria, lagu itu memberi makna mendalam secara peribadi apabila cintanya pernah ditolak sebelum ini.
Dia pada masa sama turut berterima kasih atas sokongan berterusan penonton dan juri awam yang selamat ini tidak pernah putus memberikan sokongan.
Sementara itu, Sue pula memberi saingan sengit apabila meraih markah sebanyak 80.00 peratus menerusi lagu Diam Diam Jatuh Cinta daripada Ramlah Ram.
Lengkap dengan elemen drama dalam lagu, Sue turut menerima pujian juri jemputan, Datuk Jalaluddin Hassan yang menyifatkan ia sebagai sebuah persembahan yang baik dan ‘cantik’.
Budin Lebih Yakin, Penonton Sama Menyanyi
Mengikuti Sue di kedudukan ketiga ialah peserta yang paling mencuri tumpuan, Budin dengan 75.87 peratus yang tampil membawakan lagu Gerhana yang dipopularkan oleh Kembara.
Dapat dilihat, ia menjadi persembahan terbaik Budin sekatat ini selepas menerima komen dan kritikan juri kerana lupa lirik sebelum ini.
Malah, penonton yang hadir ke Royal Theatre Shah Alam juga ‘sporting’ menyanyikan lagu malar segar itu bersama-sama Budin.
Erra secara profesional pula berdiri sambil berkata persembahan sebeginilah yang mahu ditonton semua peminat yang selama ini menyokong perjalanan Budin di Kilauan Emas 2024.
Bijak mengawal pentas sambil mengikut rentak tarian, Erra juga tidak mahu lagi melihat Budin melakukan kesilapan besar dalam persembahan, selain memintanya untuk tampil lebih berkeyakinan.
Sementara itu, Sidi dan Balqis berada di dalam kedudukan lima terbaik semalam dengan markah masing-masing sebanyak 74.57 peratus dan 73.60 peratus.
Lima peserta lain iaitu Wan, Atie, Ron, Gie dan Ina perlu mengambil input positif yang diberikan barisan juri demi memperbaiki kualiti persembahan minggu hadapan.
Vokal Semata Tak Cukup! Persembahan Perlu Seiring
Hakikatnya, vokal sahaja tidak menjamin untuk para peserta terus bertahan dalam saingan sekiranya tidak mempamerkan keupayaan baik untuk menguasai pentas.
Itu aspek yang ditekankan Erra Fazira yang menyifatkan semua peserta sudah ada asas nyanyian, tinggal lagi mereka perlu ‘tajamkan’ kefahaman mengenai gaya persembahan, interaksi dengan audiens dan sebagainya.
Setiap perincian itu diambil kira, mempunyai markah tersendiri dan tidak boleh hanya bergantung kepada vokal sahaja.
Begitu juga dengan kesilapan teknikal seperti lupa lirik atau lari tempo memandangkan kini sudah memasuki minggu keempat.
Sekaligus, para juri kini dalam misi mencari juara baharu Kilauan Emas, bermula minggu hadapan dan seterusnya.
Terdahulu, konsert minggu keempat Kilauan Emas 2024 telah dinilai oleh juri tetapnya, Erra Fazira dan Roy Azman serta aktor berpengalaman, Datuk Jalaluddin Hassan di kerusi juri jemputan.
Ia turut diserikan dengan persembahan Linda & Diana Rafar, Ieda & Eddy Moin dan Neves Pretty Ugly.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105), setiap Sabtu jam 9.00 malam dan boleh juga distrim menerusi apliaksi Astro Go dan sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berjaya melayari bahtera perkahwinan lebih empat dekad, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan adalah disebabkan sikapnya yang suka memujuk.
Menurut Yusof, krisis di dalam rumah tangga merupakan perkara biasa namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan.
“Pada saya, alam berumah tangga ini memerlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk. Sebagai lelaki, kita jangan anggap memujuk itu petanda kalah.
“Saya tidaklah sempurna tetapi rumah tangga saya mampu bertahan kerana sifat saya yang suka memujuk dan mahu mempertahankan perkahwinan.
“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.
“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, suami isteri harus memainkan peranan dan bertolak ansur. Apapun, usaha harus dimulakan oleh suami,” katanya kepada MH.
Bapa kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Don Dukun yang berlangsung di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, para suami harus bijak memujuk dan mengambil hati isteri dan bukan hanya mengharapkan pemberian materialistik semata-mata.
“Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Pada saya, itu simbolik sahaja. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi.
“Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga.
“Saya bercakap ini bukanlah bermakna saya sempurna atau kena jadikan contoh tapi ini nasihat saya sebagai orang tua yang sudah 41 tahun melalui proses perkahwinan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Yusof akui bimbang bila
melihat peningkatan kes penceraian sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi melibatkan pasangan selebriti.
“Ketika ini, saya tengok banyak kes penceraian yang berlaku. Kelmarin, saya terbaca kisah mengenai Diana Danielle dan Farid Kamil. Saya pun terperanjat juga.
“Sebelum ini, bila dia kembali rujuk dengan suami, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya. Kata isteri saya, Farid pandai memujuk. Sama seperti saya.
“Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerau. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof merupakan antara pelakon yang membintangi filem seram komedi terbaharu, Don Dukun.
Selain Yusof, filem arahan Wan Hafiz ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Marsha Milan.
Don Dukun bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Farid Kamil, menganggap kemelut rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle hanyalah sekadar perselisihan faham yang kecil.
Menurut Farid, apa yang berlaku antara mereka berdua adalah perkara biasa dan lumrah yang dilalui oleh pasangan suami dan isteri yang lain.
“Saya terima perkhabaran tersebut dengan baik. Seperti semua sedia maklum, saya sayang isteri dan anak-anak saya.
“Pada saya, masalah di dalam rumah tangga ini merupakan isu biasa. Memang ada perselisihan berlaku dan ada kalanya ia berlaku tepat bapa bulannya iaitu dikala bulan mengambang.
“Saya percaya, setiap pasangan berumah tangga akan berhadapan isu seperti saya.
Tsunami pun berlaku dua kali inikan pula ombak-okbak cinta. Saya melihat isu ini dari sudut positif,” katanya kepada MH.
Farid ditemui ketika lawatan media ke lokasi penggambaran filem Bisikan Dosa di Kuang, Selangor pada Rabu.
Farid juga berkata dia menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian dan dia juga bersedia memberikan komitmen pada prosedur perceraian tersebut.
“Ia sama seperti filem Lagenda Budak Setan yang punyai episod satu, dua dan tiga. Kali ini saya lebih bersedia.
“Saya anggap benda ini takdir Tuhan dan ini adalah qada dan qadar. Masalah perkahwinan saya sama dengan perkahwinan sesiapa di Malaysia ini tapi bezanya mereka tak ditemubual begini.
Dalam pada itu, Farid juga mengakui dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.
“Kami baru bercakap di telefon semalam, baru berhubung semalam dan baru bermesej semalam cuma malam saya tidur di lokasi penggambaran sebab shooting sampai pagi,” katanya.
Bertanya pula mengenai anak-anak, Farid berkata anak-anaknya tidak mengetahui mengenai apa yang berlaku antara dia dan Diana.
“Untuk apa mereka tahu? Anak-anak saya tak baca benda gosip semua ini,” katanya.
Sejak Isnin lalu nama Farid kembali menjadi sebutan selepas isterinya iaitu aktres Diana Danielle kembali nekad untuk bercerai.
Difahamkan Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran di sosial media.
Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.