Pelakon dan penyanyi popular era 80an, Marissa Haque atau nama penuhnya Marissa Grace Haque meninggal dunia pada 2 Oktober 2024.
Kematiannya pada usia 62 tahun mengejutkan ramai pihak lantaran sehari sebelum kematian dia masih lagi aktif berkongsi aktiviti sehariannya sebagai seorang ahli akademik di media sosial.
Dalam laporan terbaru adiknya, Soraya Haque yang juga seorang pelakon menjawab soalan pihak media yang bertanya punca kematian Marissa.
Ajal Di Bilik Tidur
“Tidak ada, tidak ada jatuh. Di bilik tidur sahaja, memang sudah ajal,” jawabnya ringkas terhadap soalan yang diberikan.
Ads
Menerangkan keadaan tersebut dengan lebih lanjut, Soraya berkongsi individu pertama yang mengetahui kematian adalah suami kakaknya itu, Ikang Fawzi.
“Ya suaminya lah, mereka di bilik tidur. Suaminya lah yang tahu Marissa sudah berada dalam keadaan tidak bergerak,” jawabnya lagi.
Setelah didapati tidak bergerak, pelakon yang bergelar pensyarah itu dibawa ke hospital berdekatan kediamannya sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
Ads
Selebriti Cemerlang
Imbas kembali, Marissa Haque memulakan kerjayanya dalam dunia seni sekitar tahun 80an dengan menceburi dunia tarik suara dan juga lakonan.
Membintangi pelbagai filem ketika aktif sebagai pelakon, bakat ibu kepada dua cahaya mata ini cukup bersinar. Ini terbukti apabila dia menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Piala Citra pada 1985.
Piala Citra adalah penghargaan Festival Filem Indonesia yang merupakan peringkat tertinggi anugerah dalam dunia perfileman di negara itu.
Ads
Sebagai seorang yang berwawasan tinggi, Marissa memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang. Dia kemudiannya pengajian Sarjana dalam bidang Bahasa Untuk Anak Cacat Pendengaran dan turut memiliki Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan (MBA).
Pada 2012, Marissa berjaya memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Undang-Undang Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli.
Atas kecemerlangannya, dia dianugerahkan gelaran Professor Madya Dr. Marissa Haque. Pada saat meninggal dunia, selebriti berjiwa besar ini merupakan seorang Pensyarah di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE), Indonesian Banking School.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu video pendek yang dikongsikan Bella Astillah mencuri perhatian peminat apabila ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali selepas dimuat naik di Instagram pada Jumaat.
Melakukan ‘step’ tarian ringkas bersama adiknya Didi Astillah bagi mempromosikan satu produk mengawal berat badan, ‘baby bump’ ibu beranak satu ini juga sudah pun jelas kelihatan.
Tulisnya pada sisi kapsyen, dia juga mahu menghadiahkan produk berkaitan memandangkan dirinya yang berbadan dua ketika ini hanya dengan melakukan beberapa langkah mudah.
Desas desus mengenai kecurangan suami Natalie Portman akhirnya terlerai apabila pasangan ini dilaporkan sudah berada di penghujung proses perceraian.
Pasangan ini dilaporkan telah memulakan proses perceraian sekitar lapan bulan yang lalu selepas Natalie memfailkan kes di mahkamah pada Julai 2023.
Perpisahan di antara Natalie,42, dan Benjamin,46, akhirnya telah dimuktamadkan pada Februari 2024 di Perancis di mana itu lokasi mereka tinggal bersama dua anak mereka yang masing-masing berusia 12 dan tujuh tahun.
Kekecewaan Natalie tentang perkahwinannya dengan Benjamin bermula apabila hubungan mereka benrantakan pada tahun 2022 namun berjaya diselamatkan selepas mereka sama-sama mencapai kata sepakat.
Natalie memiliki dua cahaya mata bersama Benjamin.
Namun begitu, hubungan itu kembali bergoncang pada Jun 2023 apabila Benjamin dikatakan menjalin hubungan cinta dengan dengan pelakon berusia 25 tahun, Camille Etienne.
Selepas kecurangannya diketahui Natalie, Benjamin mencuba sedaya upaya untuk memenangi kembali hati isterinya itu, namun tidak berjaya.
Pasangan ini mula-mula berkenalan pada 2012 ketika mereka bertemu di set penggambaran The Black Swan.
Benjamin merupakan koreografer bagi filem tersebut yang menyaksikan Natalie memegang watak utama sekaligus menang kategori Pelakon Wanita Terbaik Oscar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Zalif Sidek berkongsi cerita bagaimana dirinya boleh melibatkan diri dalam industri seni tanah air, sekitar tahun 2007.
Zalif atau nama lengkapnya, Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek mendedahkan dia memulakan karier seninya selepas terbabit dalam satu iklan daripada syarikat telekomunikasi, DiGi mengenakan maskot kuning, dikenali sebagai Yellow Man.
Malah dia turut mendedahkan bahagian maskot diisi dengan span bagi memberikan efek seperti yang diinginkan.
“Harap-harap lepas post ni line internet korang okay ye…td member VC dia kata “PKP PKP ni line D.G. asyik Problem.. Tak Pahammm AKU” Abg Standby jap pakai Sut YellowMan.
“Ye ini first job sy dlm Industri Seni Malaysia .. Kene Cat Kuning bertepek kat muka sampai kering peluh kering peluh sampai lah pakai Baju Maskot yg penuh sumbat dgn Sepan sampai ketat BUNCIT…,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun ini turut menceritakan cabaran yang dialami sepanjang pengambaran iklan tersebut dijalankan.
“Zippp xde kan haaa KAT BELAKANG DIK, bila time shooting nak terkucil kene break half and hour tunggu & kene pasang balik.
“Fuhh… Banyak dugaan Job masa ni tp Memang Fun & Happy bila Director sentiasa bg Mood yg terbaik utk Kami.
“Dah kalau nk cerita semua sampai esok pun tak habis oo..SAYALAH ANTARA YELLOWMAN DIGI MALAYSIA #MaskotDigi #200720082009,” tulisnya mengimbau kenangan.