Siapa yang tidak kenal dengan Adibah Noor. Sebut sahaja namanya pasti suara merdu dan kepetahannya bercakap bermain di minda.

“Boleh Je Beli Rumah & Kereta Sendiri” – Adibah Noor Kongsi Tips

Walaupun tidak terlalu kerap muncul di kaca televisyen, namun pasti semua tahu Adibah boleh dikatakan seorang yang sangat komited berkerja dan berjaya, boleh dijadikan sebagai inspirasi.

Melalui sebuat posting di Twitter, Adibah ada berkongsi beberapa tips berjaya khas untuk pengikutnya terutama buat golongan muda yang ingin hidup lebih senang di masa akan datang.

IKLAN

Ini beberapa tips yang dikongsikan olehnya…

  1. 1.Simpan gaji sekurang-kurangnya 10% untuk 10 tahun pertama pekerjaan. Jangan usik atau sebolehnya cuba elakkan daripada mengambil loan dalam masa awal pekerjaan.
    2.Tidak perlu ikut atau terlalu mengejar perubahan gajet, beli apa yang mampu sahaja.
    3.Tidak perlu apply credit card.
    4.Jika boleh tinggal bersama keluarga, duduk sahaja bersama mereja. Jika terpaksa menyewa kerana merantau cari bilik yang harga berpatutan dan murah.
    5.Bab kenderaan pula, guna khidmat public transport atau tumpang kawan.
    6.Jangan lakukan apa-apa pelaburan, simpan duit sebaik yang mungkin walaupun tukar kerjaya.
    7.Tidak kira berapa sekali pun, jangan lupa untuk sentiasa menabung dan masukan ke dalam akaun yang benar-benar selamat dan dipercayai.

Menurutnya, perkara-perkara di atas haruslah dilakukan secara konsisten dan jangan putus asa untuk menyimpan.

“Boleh Je Beli Rumah & Kereta Sendiri” – Adibah Noor Kongsi Tips

IKLAN

Selepas 10 tahun, segalanya sudah nampak hasil barulah berusaha untuk membeli rumah atau kenderaan dengan menggunakan khidmat loan.

Tetapi, Adibah mengingatkan orang ramai untuk Elakkan dari mengambil loan yang mempunyai 10 tahun perjanjian ke atas kerana ia akan membuatkan kita terikat dengan jangka masa yang terlalu lama.

Malah, Adibah turut menyarankan golongan muda untuk mengutamakan pembelian rumah terlebih dahulu berbanding kereta.

IKLAN

“Boleh Je Beli Rumah & Kereta Sendiri” – Adibah Noor Kongsi Tips

Dia turut memberitahu segala penantian untuk urusan jual beli rumah memang satu penyeksaan tetapi cukup berbaloi.

Namun Adibah sempat bergurau, dia tidak dapat kongsi apa-apa tips sekiranya ada yang ingin berkahwin dalam tempoh penyimpanan kerana dia sendiri tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam hal sebegini.

So good luck guys!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI