Selepas meledaknya fenomena drama Melur Untuk Firdaus, bukan sedikit perhatian yang diberikan peminat tempatan serta dari Indonesia terhadap pasangan hero dan heroinnya iaitu Meerqeen dan Anna Jobling.

Keserasian yang tercipta menerusi drama itu juga dilihat sering dibawa ke luar apabila Meerqeen dan Anna dilihat sering berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.

Dalam ramai-ramai yang suka, pastinya timbul juga ‘haters’ yang dikatakan sudah mula jelak dengan kemesraan yang ditonjolkan dua pelakon muda itu.

Menjawab mengenai perkara tersebut, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang selesa mengenai perkara tersebut.

IKLAN

“Itu platform media sosial saya, jadi saya boleh buat apa yang saya suka. Kalau ada yang meluat ke, tak suka ke, boleh block saya dan jangan tengok.

“Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada MH.

Sementara itu, berbicara mengenai karier seni, Anna berkata dia akan terbang ke Jakarta pada bulan ini untuk memantapkan lagi kerjayanya di sana memandangkan sudah mempunyai bilangan peminat yang cukup ramai di negara seberang.

IKLAN

“Saya akan terbang ke Jakarta untuk memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana selain ada perbincangan untuk menggembangkan kerjaya seni di sana,” kata Anna lagi.

IKLAN

Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena luar biasa di Indonesia malah kedatangan Anna dan Meerqeen ke sana baru-baru ini diberi sambutan hangat oleh peminat fanatik mereka.

Drama arahan Zamri Zakaria itu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI