Terbaru pereka fesyen terkenal, Mohd Ezuwan Ismail atau gemar dikenali sebagai Ezuwan Ismail telah menumbuhkan satu kumpulan nyanyian trio yang bernama E1 untuk merealisasikan impiannya untuk bergelar seorang penyanyi.

Kumpulan Trio E1 ini mempertaruhkan lagu berentak retro ciptaan Asfan Shah berjudul ‘Semalam Sahaja’. 

Hari ini telah berlangsungnya majlis sidang media untuk pelancaran kumpulan trio E1 dan lagu single terbaru mereka di Butik Ezuwan Ismail yang terletak di Taman Dagang, Ampang. 

Pihak MH sempat menemu bual bersama Ezuwan untuk bertanya beberapa soalan kepada Ezuwan mengenai penumbuhan kumpulan nyanyian ini. 

“Tulah kan, terkejut apabila tukang jahit termahir di Malaysia nak jadi penyanyi” 

“Apa yang saya buat sekarang ini, adalah satu kelainan. Tak pernah lagi di buat diluar sana di mana seorang pereka fesyen menjadi penyanyi” katanya.

IKLAN

“Jadi semoga idea dan konserp yang saya nak dapat diterima luar sana…” 

“Sebab bukan sahaja saya sekadar berkongsi fesyen yang kitaorg bawa, tapi apa yang saya nak kongsikan bakat yang kitaorang ada, dan lagu yang ingin kitaorang sampaikan pada anda semua” katanya jujur. 

3C1D1FFC-9AC7-4908-BC06-B5B7A8BD432C

IKLAN

Ezuwan juga berkata yang dia sudah lama memendam rasa dan impian untuk menjadi seorang penyanyi. Setelah 37 tahun dan kini Ezuwan telah berjaya menjadi seorang penyanyi. 

Kumpulan E1 ini dianggotai lagi dua orang jejaka yang kacak dan tampan, iaitu Ariff Imran dan Zulyasrani. 

View this post on Instagram

Alhamdulillah segala penantian dah berakhir ptg tadi…kami @e1.band ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua media yg dtg pada hari ini.Subhanallah diluar jangkaan sy ..tq so much atas kehadiran anda semua yg cukup bererti bt kami.terima kasih pada manager kami @jaydeesm dan pada seluruh team yg terlibat. Isteri dan anak sy dan family sy..luv u all so much..kawan2 rapat sy yg tak henti membantu sy.. #teameikl ..dan yg paling utama ahli e1 @ariffimrann dan @zulyasrani kerana sudi menjadi ahli group ni.. tq so much semua dan kami harap anda semua menyokong musik kami ..dan jangan lupa pg you tube ..tgk musik video #semalamsahaja insyaAllah kita akan berjumpa lagi nanti .. foto @kaiostudio suit by #tukangjahittermahirmalaysia make up by @makeupbydeqsha

A post shared by Tukang Jahit Termahir MALAYSIA (@ezuwanismail) on

IKLAN

Akhir kata dari Ezuwan, dia mengharapkan kumpulan E1 dan lagu single terbaru mereka dapat diterima baik oleh netizen. 

Selain itu Ezuwan juga berkata tidak kisah lah siapa pun diri kita, tukar jahit atau apa sekalipun, tidak mustahil untuk anda capai cita-cita ataupun impian.

Muzik video mereka yang berjudul “Semalam Sahaja” telah menampilkan penampilan istimewa iaitu Aprena Manrose yang merupakan seorang pelakon terkenal.Muzik video tersebut telah dilancarkan di YouTube pada hari ini.

Kepada Ezuwan dan kumpulan E1 , MH mengucapkan tahniah kerana telah berjaya merealisasikan impian untuk bergelar seorang penyanyi. Semoga berjaya dalam industri muzik tanah air!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI