Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui perasaannya bercampur baur apabila bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah.

Dina bakal menyampai lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Musrad itu di dalam saingan minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad depan.

Malah Dina turut dirakam tidak dapat menahan sebak menerusi segmen khas buat Allahyarham Adibah Noor sebelum keputusan diumumkan.

“Permulaan kami (bersama Siti Sarah) sama yang mana kami memperjuangkan muzik yang sama. Ada juga kisah yang agak sama.

IKLAN

“Allahyarham pun pernah melalui GV juga sebelum ini. Begitu juga dengan Adibah Noor.

“Wajah-wajah mereka terbayang… sebelum ini saya hadir sekadar menonton dan menyokong. Malah tahu bagaimana mereka stres bila terlibat dalam pertandingan.

“Tiba-tiba bila saya di sini (GV9), mereka pula yang tiada,” katanya kepada MH.

IKLAN

Ditanya sama ada dia pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, Dina akui pernah mengalunkan lagu tersebut suatu ketika dahulu.

Terdahulu, Dina yang membuat persembahan menerusi lagu hitsnya, Cints Datang Lagi menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 83.80 peratus.

IKLAN

Jaclyn Victor unggul di tempat pertama dengan 88.40 peratus, diikuti Shila Amzah (85 peratus) dan Tomok (84.10) di tempat ketiga.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI