Baru-baru ini pelakon wanita, Fouziah Gous telah berkongsi sekeping foto di akaun instagramnya dengan menujukkan gambar scan bayi di dalam kandungannya.
Tertarik dengan kapsyen gambar tersebut, Fouziah mengatakan bayinya seolah-olah sedang sujud dan tidak menunjukkan jantinanya sewaktu imbasan dibuat.
“Banyakkan bersujud di bulan puasa.. . Bersungguh-sungguh anak mommy ni bersujud! Bila pula nak tunjuk gender nya anak ku kalau sujud je dari tadi!! #zhafoujr2 #17weeks,” tulis kapsyennya.
Rata-rata pengikut Fouziah di instagram telah memberikan ucapan tahniah dan kata-kata positif di ruangan komen.
sue_riana90: Alhamdulillah..tahniahhh akak
faiqahjohari: Sme mcm ank sy..mse awl2 dlu bersujud aje..
aweenrazak: Comel!! Tahniah @fouziahgous & suami.
amiraibi: Tahniah sis.. zeeshan nk jd abg dah
lipmatte_murrmurr: Baik anak mommy @fouziahgous moga berkekalan sampai beso nanti
elhijabz: Alhamdulillah..tahniah sis
Kami di MH Online juga turut mendoakan agar bayi di dalam kandungan Fouziah akan terus membesar dengan sihat dan segala urusan dipermudahkan sepanjang berbadan dua hingga saat melahirkan nanti.
Sedikit info tentang Fouziah Gous atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gous telah menamatkan zaman bujangnya pada September 2013 bersama jejaka pilihan hatinya, Md Zhafran.
Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Zeeshan, 2, dan kini sedang hamil anak kedua mereka.
Sumber: Instagram Fouziah Gous
[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI