Pelakon dan pengacara, Elly Ariffin mengakui berasa agak berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah mencipta akaun palsu dengan menggunakan gambar dan namanya diaplikasi janji temu, Tinder.

Jelas Elly, dia tidak pernah memiliki sebarang akaun di aplikasi tersebut malah segala maklumat yang dikongsikan juga adalah palsu.

Katanya lagi, perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia telah melibatkan maruahnya sebagai seorang wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elly Arifin (@ellyarifin)

“ELLY TAKDE TINDER!!! Jangan terpedaya! Salam semua. Elly tau dalam keadaan sekarang isu ni tak penting untuk korang sebab ada banyak lagi isu yang lagi penting kita perlu fokus dan tekankan tapi isu ni penting untuk Elly sebab demi maruah sendiri.

“Untuk pengetahuan semua, Elly takde Tinder dan TAK PERNAH ADA Tinder! Jadi kepada sesiapa yang pernah mesej dengan manusia yang bernama “Elly” dalam akaun ni jangan terpedaya because IT’S NOT ME!

IKLAN

“Bila masa la aku umur 28 tahun Dan Elly dah lama berhenti kerja kat Astro. Bila masa plak aku duk guna ayat “auch auch”. Kau nak try orang pun ayat tu berjenis la sikit,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pengacara program Hlive itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar! “Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar! “Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar!

IKLAN

Dalam pada itu, Elly turut berharap agar individu berkenaan dapat menghentikan perbuatan tersebut sebelum tindakan lebih serius bakal diambil.

“Please block this person and report this account if korang jumpa kat Tinder ye? Because again, IT’S NOT ME! I DON’T HAVE ONE PUN. Nak main Tinder pun aku tak reti.

“Kepada “Elly”, sila jadi diri sendiri untuk ayat orang ye? Kalau malu sekalipun nak jadi diri sendiri, ko tukar la nama lain. Menyamar la jadi Jessica Alba ke, Ariana Grande ke (eyh pengantin baru kan?), mat salleh mane2 la.

IKLAN

“Kau jangan sampai aku boleh detect kau siapa and tak mustahil aku boleh buat report polis terus. Sekian,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut malah ada juga yang terhibur melihat perbualan individu berkenaan.

“Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar! “Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar! “Bila Masa La Aku Umur 28 Tahun, Kau Nak Try Orang Pun Ayat Tu Berjenis La Sikit,” – Mangsa Akaun Palsu Tinder, Elly Ariffin Bidas Penyamar!

Sumber: Instagram Elly Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI