Penyanyi Azharina Azhar secara terbuka tampil berkongsi sisi peribadinya tentang perjalanan pemulihan jiwa yang dilaluinya bersama figura yang kini dikenali sebagai ‘Dr Healing’, iaitu Dr Hisham Dzakiria.
Dalam sebuah temu bual, Azharina mengakui kehadiran Dr Hisham menjadi ‘turning point’ yang amat bermakna dalam hidupnya, terutama selepas menghadapi pelbagai tekanan dan cabaran.
“Saya pernah sampai ke tahap terlalu penat secara mental dan emosi. Ramai nampak saya menyanyi, tersenyum atas pentas, tapi hakikatnya saya sedang simpan terlalu banyak luka lama.
“Bila saya sertai sesi dengan Dr Hisham, saya mula menangis tanpa sedar. Rasa macam saya dilepaskan, saya dibebaskan. Itu pengalaman yang saya tak pernah rasa sebelum ini,” ujar Azharina.
Penyanyi lagu Seandainya itu turut menambah, walaupun sinonim dengan menampilkan imej kuat di mata umum, namun manusia tetap rapuh jika emosi tidak dijaga.
Itulah yang membawanya ke sesi bersama Dr Hisham, yang kini mencipta fenomena sebagai jurulatih dan penyembuh emosi dalam kalangan selebriti, korporat, dan masyarakat umum.
Ads
Dr Hisham Dzakiria, atau lebih dikenali sebagai Dr Healing, merupakan seorang coach, pendidik, dan pakar transformasi diri yang menggunakan pendekatan holistik menyeluruh merangkumi aspek tubuh, emosi, minda dan jiwa.
Beliau telah membantu ramai individu dari pelbagai latar belakang untuk pulih daripada tekanan hidup, trauma serta krisis identiti.
“Saya tak malu nak cakap saya pun perlukan healing. Dan saya sangat bersyukur ditemukan dengan Dr Hisham.
“Saya doakan lebih ramai orang berpeluang rasa sendiri magis yang beliau bawa,” tambahnya lagi.
Ads
Jadi Inspirasi Buat Semua Orang
Bukan sahaja Azharina yang lapang dada bila bercerita mengenai kesejahteraan emosi, malah rakan personaliti hiburan lain turut berkongsi rasa terinspirasi selepas mengikuti sesi coaching bersama Dr Hisham.
Antara program yang dikendalikan Dr Hisham melalui syarikat EcoTwin Step Sdn. Bhd. termasuklah Healing the Inner Child, Impactful Leadership dan Creating Your Own Wave in Business.
Dengan pengalaman luas serta kelayakan akademik termasuk PhD dalam bidang Pembelajaran Sepanjang Hayat dari United Kingdom, beliau terus menjadi rujukan dalam dunia pembangunan insan dan kepimpinan berjiwa.
Ads
Kini, dengan keberanian selebriti seperti Azharina yang jujur berkongsi kisah sebenar mereka, masyarakat pastinya akan semakin sedar bahawa kejayaan sejati bukan hanya soal glamor atau kemewahan, tapi juga tentang kedamaian hati dan hubungan tulus dengan diri sendiri.
“Saya kini menyanyi dengan hati yang lebih ringan. Bila hati sembuh, suara kita pun jadi lebih jujur,” katanya yang turut menyifatkan ia satu langkah besar ke arah kehidupannya yang lebih tenang dan bermakna.
Terdahulu pada 5 Jun lalu, Azharina baru saja selesai menjayakan Showcase Azharina & Friends, menyampaikan barisan lagu hitsnya dari dulu hingga kini di YTJT By Milko, Kuala Lumpur.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya datang, kita gentle.” Demikian reaksi pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim saat muncul di program Melodi yang disiarkan pada malam Khamis.
Sejak pagi tadi, nama Fikry menjadi perhatian ramai setelah isterinya Siti Khalizah Alihan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan setelah empat bulan mendirikan rumah tangga.
Sewaktu program bermula, pengacara Ain Edruce yang baru sahaja kembali daripada cuti bersalin sempat memaklumkan bahawa Fikry tidak dapat hadir ke program berkenaan bagi memberi ruang buat dirinya menyelesaikan segala isu yang berbangkit.
Namun, tidak lama selepas itu, Fikry muncul ke set dan kembali bergandingan bersama Ain.
Menurut Fikry, dia sebenarnya tiada masalah untuk mengacara program berkenaan meskipun namanya kini sedang sedang hangat diperkatakan.
Malah, Fikry juga memaklumkan dia bakal menjelaskan tentang segala yang berlaku sebentar lagi.
“Saya datang (ke set Melodi), kita gentle.
“Nanti saya akan jelaskan apa yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, Siti Khalizah tiba di mahkamah para jam 9.40 pagi, manakala kelibat Fikry selaku defendan tidak kelihatan.
Prosiding tuntutan dan permohonan perceraian dijadualkan berlangsung jam 9 pagi ini di hadapan hakim syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Sekadar informasi, Fikry dan Siti Khalizah mendirikan rumah tangga di Jitra, Kedah pada 12 Februari lalu menerusi majlis yang diadakan secara tertutup.
Bagaimanapun, foto-foto sewaktu majlis pernikahan tersebut turut tular di media sosial.
Fikry pernah berkongsi, dia tidak berniat merahsiakan perkahwinan kerana enggan menghebahkan perkara belum pasti.
Sebelum ini, menerusi beberapa laporan media, Fikry memaklumkan kehidupannya kini lebih bahagia selepas mendirikan rumah tangga.
Katanya lagi, perkahwinan ini juga membuatkan dirinya lebih matang untuk menguruskan kehidupan berumah tangga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie, dilaporkan akan memberi keterangan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jakarta, Indonesia hari ini.
Difahamkan, pasukan penyiasat SPRM akan berada di ibu negara Indonesia itu selama dua hari bagi tujuan tersebut memandangkan lokasi tersebut merupakan tempat di mana Jovian menetap kini.
Jovian, 39, yang juga merupakan bekas menantu kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dipanggil sebagai saksi penting dalam siasatan membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan tokoh politik itu.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan Jovian dinamakan sendiri oleh Ismail Sabri ketika memberi keterangan untuk mengesahkan aset-aset yang telah diisytihar kepada agensi tersebut.
SPRM kini sedang menganalisis semua aset berkenaan susulan jumlah sumber pendapatan yang dimiliki oleh Ismail Sabri yang agak besar melibatkan kerjaya dalam sektor swasta serta pemilikan beberapa syarikat sebelum menyertai pentadbiran kerajaan.
Untuk rekod, siasatan juga melibatkan aspek perbelanjaan dan dana berkaitan promosi Program Keluarga Malaysia ketika Ismail Sabri menjawat jawatan Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Imbas kembali, Jovian berkahwin dengan anak sulung Ismail Sabri, Nina Sabrina, pada 14 Disember 2013 sebelum bercerai pada 2023. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 8 tahun.
Jovian memulakan kerjayanya sebagai seorang pereka fesyen pada tahun 2006 dan berjaya mengukuhkan namanya sebagai antara jenama fesyen paling berpengaruh di Malaysia sebelum mengambil keputusan untuk menutup operasi pada pertengahan tahun lalu.
Hangat tentang spekulasi dan tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dirinya terlalu cepat ‘move on’ daripada perkahwinan terdahulu, pelakon Fattah Amin menjelaskan dia hanya melalui hidup mengikut aturan dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Sama seperti hambaNya yang lain, Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, menyifatkan setiap fasa dalam kehidupannya pasti mempunyai hikmah tersendiri, termasuk hal berkaitan jodoh.
“Alhamdulillah, saya anggap fasa kehidupan yang saya lalui selepas bercerai ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Jodoh saya sudah ditetapkan sebegitu. Saya hanya melalui takdir yang telah ditetapkan Allah SWT.
“Sama ada saya move on atau dapat jodoh cepat atau lambat, itu saya serah kepada takdir Allah,” katanya yang baru saja dilantik sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung di Ruang Rama, Petaling Jaya, pada Selasa.
Bapa kepada seorang anak ini turut menjelaskan, definisi ‘move on’ juga sangat subjektif dan berbeza bagi setiap individu.
“Pandangan saya secara general, setiap orang melalui fasa kehidupan masing-masing. Kita tak boleh nak katakan semua orang sama.
“Ada orang yang cepat move on dan ada yang lambat. Saya tak nafikan ada sesetengah lelaki yang cepat ‘move on’ berbanding perempuan. Segalanya bergantung kepada individu.
“Makna move on itu berbeza bagi setiap orang. Tak semua orang melalui kehidupan yang sama.
“Mungkin ada sesuatu yang terjadi yang membuatkan mereka cepat move on. Begitu juga sebaliknya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Fattah turut menyatakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta bagi produk minuman tenaga Orang Kampung, yang menurutnya mempunyai nilai sentimental sejak zaman kanak-kanak.
“Produk Orang Kampung bukan baru di pasaran. Sejak kecil saya sudah nampak ibu bapa saya merupakan pengguna tegar.
“Saya tak pernah terbayang satu hari nanti saya dapat bersama dengan jenama ini,” ujar hero filem Kulit Wayang itu lagi.
Malah baginya, produk ini sangat sesuai dengan gaya hidupnya yang aktif, terutamanya ketika menjalani penggambaran jangka masa panjang.
Untuk rekod, Fattah dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, sebelum sah bercerai pada 7 Oktober lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.