Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah seorang postman yang didakwa telah melastik seekor anjing sewaktu sedang menghantar barangan pos di sebuah kawasan kejiranan di Kluang, Johor.

Tindakan tersebut difahamkan telah menyebabkan individu berkenaan digantung kerja selepas video yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (cctv) milik tuan rumah telah tersebar di media sosial.

Insiden tersebut nyata meraih perhatian ramai pihak termasuk Shahrol Shiro.

“Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah

Perihatin akan permasalahan tersebut, Shahrol kemudiannya mengambil inisiatif untuk mempertemukan Dollah bersama pemilik anjing tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua belah pihak.

Jelas Shahrol, dia berasa sangat bersyukur kerana kunjungannya itu telah disambut baik oleh tuan rumah yang juga merupakan pemilik anjing tersebut.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)

“Alhamdulillah. Di dari Jumaat yang mulia ini segalanya dipermudahkan dan telah selesai isu Dollah posmen bersama pemilik anjing.

“En Siva dan Pn Magesh sudi menerima kunjungan kami dan melayan kami dengan penuh kemesraan.

“Apabila duduk semeja titik persamaan telah dijumpai dan titik perbezaan telah kita hindari,” tulisnya.

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh Shahrol menerusi sebuah video berdurasi hampir tiga minit yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah “Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah

Katanya lagi, sesi pertemuan tersebut telah diadakan bertujuan bagi mengekalkan keharmonian sesama manusia terutamanya bagi penduduk di kawasan Kluang.

“Tahniah atas sikap profesional orang Kluang. Semoga keharmonian masyarakat di Kluang dapat kita kekalkan. Terima kasih En Siva dan Pn Magesh, Dollah dan isteri serta semua yang terlibat mewujudkan suasana damai ini.

IKLAN

“Dimana semua manusia hidup dalam aman damai, itu adalah sebenarnya sebuah kehidupan yang dihuni oleh MANUSIA,” katanya lagi.

“Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah “Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyambut baik usaha tersebut selain turut berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan pengajaran pada masa akan datang.

“Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah “Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah “Bila Duduk Semeja, Titik Persamaan Telah Dijumpai,” – Digantung Kerja Sebab Lastik Anjing, Shahrol Shiro Bawa Postman Jumpa Tuan Rumah

Sumber: Instagram Sharol Shiro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI