Seperti umum mengetahui, pelakon dan pengacara Nabila Huda telah memulakan tugas baharunya sebagai hos di rancangan hiburan Melodi, yang bersiaran di TV3 pada Ahad.
Menerusi entri di akaun Instagram Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil itu, dia ada memuat naik beberapa keping foto ketika membuat sesi rakaman rancangan hiburan tersebut yang dilalukan secara virtual.
“Bila Drama Queen jadi host Melodi, memang dramatic la jadinya. FELVAGAI watak la she keluar kan. Jangan lupa kite ada dating kejap lagi jam 12:30 tengahari di @meloditv3 #Virtualhosting #MelodiTV3,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata penonton memberi pujian terhadap cara penyampaian Abil sebagai hos rancangan Melodi yang dilihat memberi sisi baru buat program tersebut.
Ads
“very good nabila @kupu_kupu .. first episode looks so good .. please maintain that style, image dan cara mengacara Melodi .. far away different compare to the previous hosts .. content pun best minggu ni … very good .. OK GOOOO …,” tulis seorang peminat.
“Terbaik @kupu_kupu ..saya ni jarang tgk melodi..smpt tgk separuh sbb tahu abil first hosting melodi hr ni..love giler penuhi character, senyum sorang2 tgk abil hosting..keep it up sis,” puji lagi seorang peminat.
Ads
“si polan si polan. lahhhhhh .. wehhhh aku gelak2 kaw2 abil ni jadi hossrasa mcm bawak watak erma dlm diva popular ko hos abil please lah @kupu_kupu . reply komen i tau if u nmpk komen ni . best lah abill,” tulis lagi seorang warganet di ruangan komen.
Sebelum ini, rancangan hiburan popular itu telah dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari dan Janna Nick bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari di TV3.
Foto: Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon remaja yang sebelum ini pernah membintangi filem Munafik Izuan Fitri, 19, dilaporkan kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang selepas diserang penyakit tibi dan batuk kering.
Menurut laporan Harian Metro, abang kembarnya Izuan Fikri, 19, memaklumkan adiknya itu dilaporkan masih belum menyedarkan diri dan kini sedang berada di bawah pemantauan rapi daripada pihak hospital.
Katanya, adiknya itu telah dikejarkan ke hospital pada 31 Julai selepas dia diserang sawan yang mengakibatkan kedua-dua belah tangan dan kakinya berasa kebas.
“Setakat ini, adik saya Izuan belum sedarkan diri. Mengikut pemeriksaan doktor memaklumkan penyakit tibi dihidapinya sekitar dua tahun lalu sudah menyerang bahagian otaknya.
“Adik saya memang tak tahu dia ada menghidap penyakit tibi pun. Sebelum ini, dia memang kurang sihat apabila selalu batuk dan demam, tapi dia tidak mahu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan. Jadi, kami ingatkan hanya sakit biasa.
“Cuma, pada 31 Julai lalu ketika saya dan kakak pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Izuan hubungi saya memberitahu tangan dan kakinya kebas serta tidak boleh bergerak untuk ke tandas,” katanya seperti yang dipetik.
Dikesempatan itu juga, abang kepada Izuan turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan adiknya itu agar dia segera kembali pulih seperti sedia kala.
Tambahnya lagi, pihak doktor juga menjalankan beberapa siri pemeriksaan bagi mengenal pasti mengenai kaedah terbaik untuk merawat adiknya itu.
“Saya mohon pada semua orang untuk sama-sama mendoakan adik saya supaya dia sedar semula dan kembali sihat. Sekarang, dia tidur saja tapi jika disentuh masih ada tindak balas dan pergerakan.
“Doktor juga akan membuat pemeriksaan lanjut ke atas adik saya pada bahagian otaknya untuk memastikan kaedah rawatan terbaik dan sesuai termasuk melakukan pembedahan,” jelasnya lagi.
Selain filem Munafiq, Izuan juga turut pernah membintangi filem Crossroad: One Two Jaga arahan pengarah dan pelakon popular Namron.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Namrom dilihat ada memanjatkan doa malah dia juga turut menyifat Izuan sebagai seorang pelakon yang mempunyai bakat yang cukup besar.
Sekadar informasi, sepanjang pembabitan dalam dunia lakonan, Izuan juga pernah meraih beberapa trofi antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.
Sumber: Harian Metro, Facebook Nor Abdul Rani (Ibu) & Namron
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad yang difahamkan tampil berhijab bermula Maal Hijrah iaitu pada Selasa lalu memilih untuk menutup ruangan komen bagi perkongsian foto terkininya di Instagram.
Menerusi hantaran di platform berkenaan yang dikemaskini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin dirakam tampil sopan dengan menutup kepala dengan turban.
Lalu, pada ruangan kapsyen, Elizad menulis kata-kata berbentuk motivasi
Bagaimanapun menerusi satu perkongsian yang dibuat pada Jumaat di Insta Stories, Elizad seolah-olah menjawab kritikan warganet berhubung penampilan terkininya itu.
“Allahuakhbar, Elok je ustaz, ustazah tinggalkan komen mendoakan lebih baik & istiqomah. Yg beberapa netijen nih, ADEEE JEEE TAK KENAAA.
“Ya, TAHU, belum sempurna. Jadi makasih di atas komen2, yg serba serbi x kena. Saje lah nak pesan…
“JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN (masih seperti dulu, bawak motor, positive, pokpekpokpek & suka nak berkawan!),” tulisnya.
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas komen yang diiringi dengan doa yang baik-baik.
“Makasih juga buat semua, yg komen dgn ucapan, doa & kata2 yg baik.
“Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa (Surah An-Najm, ayat 32),” tulisnya lagi.
Malah, bekas hos program Mingguan Wanita ini turut berkongsi beberapa foto daripada sejak hari pertama tampil sopan sehingga kini.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias memfailkan saman ke atas penyanyi Lan Solo, Syura serta tiga individu atas dakwaan memfitnahnya di platform media sosial Instagram.
Memetik Bernama, Siti Nordiana atau turut disapa Nana, 37, memfailkan saman berkenaan menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu dan menamakan Lan Solo, atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim, 36, Zuraidah Badron, 35, atau lebih dikenali sebagai Syura, Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 43, serta jurusolek Razidah Ahmad Senusi, 42, sebagai defendan.
Pernyataan tuntutan Siti Nordiana mendakwa pada 20 Julai lepas kira-kira 11.58 malam, melalui siaran langsung yang dikendalikan oleh Nur Sheila dan disertai empat defendan lain menerusi akaun Instagram masing-masing telah menyiar, mengeluar serta menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Siti Nordiana mendakwa kata-kata fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan seorang artis yang bersih dan dihormati orang, seorang yang ego, tidak ingin mendengar nasihat dalam segala perkara, tidak menghormati orang lain dan menggunakan wang serta populariti untuk memastikan dirinya dihormati.
“Siaran langsung berdurasi lebih kurang satu jam 28 minit itu telah ditonton oleh para pengikut defendan-defendan dan orang ramai yang mengikutinya,” menurut plaintif dalam pernyataan tuntutan itu.
Pada masa sama, Nana yang juga Juara Gegar Vaganza musim kedua itu mendakwa, kelima-lima defendan telah memadam siaran langsung daripada akaun Instagram masing-masing namun ia tular serta telah dimuat naik semula ke akaun YouTube dan masih boleh ditonton oleh orang ramai.
Siti Nordiana mendakwa jumlah tontonan untuk siaran langsung yang dimuat naik ke akaun YouTube dijangka bertambah dan reputasi beliau telah dirosakkan secara serius dalam kalangan orang ramai serta penaja yang mengambil serta melantiknya sebagai model dan duta produk.
Plaintif mendakwa sebelum memulakan tindakan saman itu, beliau melalui peguamnya menyerahkan Notis Tuntutan bertarikh 26 Julai lepas melalui serahan tangan dan e-mel kepada kesemua defendan yang menuntut antara lain permohonan maaf dalam tempoh 24 jam selain ganti rugi sebanyak RM200,000 namun mereka gagal berbuat demikian.
Sehubungan itu, Siti Nordiana menuntut kesemua defendan secara berasingan menyiarkan permohonan maaf yang jelas dan tidak bersyarat dalam akhbar, Instagram serta Facebook secara berterusan selama dua bulan atau mana-mana tempoh yang dianggap adil dan wajar oleh mahkamah.
Beliau turut menuntut ganti rugi am sebanyak RM500,000 daripada setiap defendan, ganti rugi khas, teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Peguam Abang Azlan Abang Ariffin, yang mewakili Siti Nordiana ketika dihubungi Bernama, berkata tuntutan saman itu telah diserahkan secara Akuan Terima dan e-mel kepada kelima-lima defendan hari ini.
“Mahkamah telah menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 9 Ogos ini secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan,” katanya.
Sementara itu menerusi Kosmo! Online, peguam mewakili lima defendan terbabit, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates mengesahkan pihaknya telah menerima writ saman tersebut daripada pihak plaintif (Siti Nordiana).
“Saya mengesahkan kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam.
“Melalui sesi pada 9 Ogos depan, mahkamah akan meminta peguam-peguam untuk kenal pasti kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,”katanya seperti yang dipetik.
Dalam kenyataan sama, Alan turut memngesahkan Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut.
Terdahulu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu menuntut lima individu yang dimaksudkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.
Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.
Sumber, Foto: Bernama & Kosmo! Online, Instagram Siti Nordiana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...