Selepas berkongsi mengenai pendarahan yang dialami isteri meski baru hamil 27 minggu dua hari lalu, doktor viral, Say Shazril ada berkongsi bahagian kedua mengenai topik ‘Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah’ di Instagram.

Menerusi entri terkininya itu, Say memaklumkan isterinya, Dr. Azura Abas dikenal pasti mengalami pendarahan pada bahagian pangkal rahim selepas proses spekulum dijalankan.

Malah apabila diperiksa, turut dikesan uri di bahagian atas rahim isterinya.

“Setibanya kami di PAC, spekulum dilakukan kpd bini & didapati ade pendarahan pd pangkal rahim (cervical erosion/ectropion) & bile di scan, uri ade di bahagian atas rahim.

“Bila Discan, Ada Uri Di Bahagian Atas Rahim,” – Dr.Say Shazril Sambung Kisah ‘Bleeding’ Isteri Hamil, Menangis Bila Dengar ‘Pra-Matang’

“Kami menarik nafas lega sb condition ni xbrapa serius & paling lega sb bini x kena admit ward. Kami dibenarkan pulang tanpa diberi apa2 suntikan atau ubat-ubatan. Maka dgn suka hatinya kami berangkat bercuti ke New Zealand dgn hati yg girang gembira,” tulisnya sebagai sambungan situasi yang berlaku pada posting terdahulu.

IKLAN

Pada masa sama, Say turut merakam kisah yang berlaku saat dia bersama keluarga bercuti selama 10 hari di New Zealand.

“10 hari di NZ, almost selang sehari bini bleeding. Tp seperti biasa kami berfikiran positif, “alah biasela tu hun, kite jalan banyak arini, sb tu bleeding bnyk skit”.

“Kami rahsiakan drpd parents sy yg turut ikut ke NZ sb xnk kne admit kt sane & merosakkan percutian kami. Setibanya di Msia, bleeding masih banyak, bini kembali risau, sy kembali tertanya2 “takkan cervical erosion buat bleeding non stop sampai lama cmni?”

IKLAN

“Kami pergi balik PAC, kali ni bila di spekulum xnmpk dh cervical erosion & bile di scan, baby masih actively gerak like nothing happened pdhl mami & dedi dia kt luaq risau gegila. Doktor decide tuk admit for observation sebagai indeterminate antepartum hemorrhage (tidak dapat ditentukan punca pendarahan),” kongsi Say.

“Bila Discan, Ada Uri Di Bahagian Atas Rahim,” – Dr.Say Shazril Sambung Kisah ‘Bleeding’ Isteri Hamil, Menangis Bila Dengar ‘Pra-Matang’

Lalu, Azura diberijan dua suntikan bagi tujuan mematangkan paru-paru bayi andai dilahirkan secara pra-matang.

IKLAN

“Bini diberikan 2 suntikan im dexa bagi mematangkan paru2 baby sekiranya baby keluar pra matang. Dengar perkataan “pra matang” tu berlinang lagi air mata bini, kali ni air mata suami turut berlinang peeps.

“Dari mana datang bleeding ni, awat xbenti2? Part 3 sy conclude kan k peeps?,” tulisnya panjang lebar.

View this post on Instagram

Topik : Nak Mengandung Susah, Dah Mengandung Pun Bukan Mudah Part 2 . Setibanya kami di PAC, spekulum dilakukan kpd bini & didapati ade pendarahan pd pangkal rahim (cervical erosion/ectropion) & bile di scan, uri ade di bahagian atas rahim. Kami menarik nafas lega sb condition ni xbrapa serius & paling lega sb bini x kena admit ward. Kami dibenarkan pulang tanpa diberi apa2 suntikan atau ubat-ubatan. Maka dgn suka hatinya kami berangkat bercuti ke New Zealand dgn hati yg girang gembira. . 10 hari di NZ, almost selang sehari bini bleeding. Tp seperti biasa kami berfikiran positif, "alah biasela tu hun, kite jalan banyak arini, sb tu bleeding bnyk skit". Kami rahsiakan drpd parents sy yg turut ikut ke NZ sb xnk kne admit kt sane & merosakkan percutian kami. Setibanya di Msia, bleeding masih banyak, bini kembali risau, sy kembali tertanya2 "takkan cervical erosion buat bleeding non stop sampai lama cmni?" . Kami pergi balik PAC, kali ni bila di spekulum xnmpk dh cervical erosion & bile di scan, baby masih actively gerak like nothing happened pdhl mami & dedi dia kt luaq risau gegila. Doktor decide tuk admit for observation sebagai indeterminate antepartum hemorrhage (tidak dapat ditentukan punca pendarahan). Bini diberikan 2 suntikan im dexa bagi mematangkan paru2 baby sekiranya baby keluar pra matang. Dengar perkataan "pra matang" tu berlinang lagi air mata bini, kali ni air mata suami turut berlinang peeps. Dari mana datang bleeding ni, awat xbenti2? Part 3 sy conclude kan k peeps?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Foto: Instagram Dr.Say Shazril

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI