Pelakon dan pengacara Che Puan Juliana Evans berkongsi kenangan terindah apabila melakukan sesi pengambaran (photoshoot) kelahiran anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada usianya yang ke-26 hari.
Kongsi bintang filem Bella & Jamie itu,tujuan dia melakukan photoshoot tersebut adalah sebagai tanda bagi mencipta kenangan terindah bersama anak sulung.
“Saya buat photoshoot Baby Kamiliah sebab saya nak simpan kenangan manis ketika dia baru lahir sebelum dia berusia sebulan dan saya mahu buat potret.
“Sejujurnya, saya paling suka gambar di mana Baby Kamiliah hanya menyarungkan kain ‘plain’ berwarna kuning dan rasa gambar itu sangat berharga sebab dalam masa 10 tahun, kita masih boleh tengok gambar itu lagi.
“Walaupun dia dah besar dan sudah cecah 20-an atau sudah berkeluarga, dia akan lihat semula gambar itu dan akan rasa sangat istimewa,” kongsi Juliana menerusi IGTV miliknya.
Pelakon Aidil Aziz ada berkongsi foto terkini bersama isteri, aktres Fasha Sandha menerusi posting terkininya di Instagram.
Hadir temani isteri tercinta ke program Maharaja Lawak Mega (MLM) musim terbaru, pelakon itu turut memaklumkan si isteri yang tidak senyum dalam foto yang dirakam kerana rasa gementar.
Jelas Fasha, untuk minggu ini dia diundang sebagai juri jemputan program tahunan itu di samping Datuk David Teo dan Sabri Yunus.
Maharaja Lawak Mega 2019 bakal membuka tirainya setiap hari Jumaat mulai 1 November 2019, jam 9.00 malam selama 11 minggu berturut-turut dan bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Antara barisan peserta yang akan menjayakan MLM 2019 terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon, serta sembilan peserta berkumpulan.
MLM kali ini membawakan satu episod istimewa, ‘Maharaja Lawak Mega 2019 – Kerusi Panas’ atau ‘Hot Seat’ yang akan bersiaran seminggu lebih awal hari ini, langsung di saluran Astro Warna dan Warna HD yang mana akan menyaksikan 12 peserta lawak berentap untuk meraih kedudukan di pentas utama MLM 2019.
Foto: Instagram Fasha Sandha, Aidil Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lembaga Pengarah Utusan Melayu Berhad (Utusan) membuat keputusan menutup operasi syarikat itu, hari ini.
Memetik Awani, menerusi satu memo dalaman yang dikeluarkan kepada staf syarikat pada Rabu, pengerusi eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fazir berkata Lembaga Pengarah Utusan telah pasa 7 Oktober 2019 memeluluskan cadangan penggulungan Sukarela Pemuitang (Creators’ Voluntary Liquidation).
Malah, berita tersebut turut disebut-sebut di kalangan pengguna sosial, termasuk golongan selebriti yang turut terkesan dengan berita berkenaan.
Primadona, Erra Fazira turut meluahkan rasa sedih dan duka, disampaikan menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, saya nak berkongsi perasaan dukacita saya bersama dengan rakan-rakan media saya dari Utusan. Saya baru dengar berita penutupan Utusan sesuatu yang sangat memeranjatkan.
“Kita selama ni harap berdoa supaya Utusan dapat dibaikpulih tapi sayang nampaknya Utusan diisytiharkan tutup. Satu ujian yang besar buat rakan-rakan media semua.” luah Erra melalui IG TV.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini memaklumkan, Utusan telah banyak berjasa kepada dirinya termasuk pengguat seni lainnya, sepanjang bergelar sebagai anak seni.
Malah, penyanyi berusia 45 tahun ini mendoakan agar semua warga kerja Utusan Malaysia diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan cekal menghadapi ujian kehidupan.
“Banyak jasa kalian pada saya dan rakan-rakan artis yang lain juga. Saya bermula pun dengan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, majalah URTV, Mangga, Hai yang semuanya dari Utusan banyak membantu kerjaya saya selama ini.
“Dan bila perkara ini berlaku ianya sangat memberi kesan yang mendalam kepada saya. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan media dan saya doakan semoga rakan-rakan media semua diberikan kekuatan, diberi ilham untuk menjana pendapatan selepas ini laluan yang telah ditentukan oleh Allah.
“Semoga ada pembelaan buat kalian walaupun kita tak tahu kita di laluan mana, masih dalam industri atau pun tidak kita masih lagi berkawan, hubungi selalu. Saya doakan seperti mana kalian mendoakan saya hingga berjaya ke hari ini saya juga mendoakan agar kalian berjaya selepas ini.
“Terima kasih yang tak terhingga di atas segala jasa baik dan bakti kalian kepada saya selama ini. Saya doakan semua dalam rahmat Allah, diberi kekuatan dan kalian dapat menjana pendapatan yang baik selepas ini. I love you guys very much and sekali lagi terima kasih may Allah bless all of you,” kongsi Erra menerusi rakaman video tersebut.
Marilah kita bersama mendoakan agar semua warga kerja Utusan terus tabah dan cekal meneruskan kehidupan meski ditimpa pelbagai ujian.\
Menerusi entri terkini pelakon Izzue Islam di akaun Instagram miliknya, dia telah berkongsi sekeping gambar bersama isterinya, Awin Nurin.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan telah meluahkan rasa perasaan menerusi entri tersebut.
Izzue akui, dia dan isteri sering menerima kritikan negatif daripada netizen.
“Takpelah b, biarkan orang nak cakap2 kat belakang kita tu. kita teruskan je langkah kita dgn bismillah. Semoga Allah lindungi kita ya, Aminn@awinnurin,” tulisnya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.