Model dan pelakon seksi, Alicia Amin berkongsi beberapa foto di laman IG storynya berkaitan dengan hukum dalam Islam terhadap isteri.
Perkongsiannya itu menerusi pengguna Twitter yang dikenali sebagai Shafiqah Othman, yang bercakap mengenai soal hukum ‘memukul’ isteri.
Sebelum ini, isu tersebut pernah disuarakan oleh aktivis dan peguam Siti Kasim yang mempertikaikan keperluan memukul isteri yang ‘nusyuz’ yang diajar dalam mata elajaran Agama Islam di sekolah.
Aktivtis itu juga turut berani mengemukakan soalan terbabit terhadap Menteri Pelajaran Malaysia, Maszlee Malik bagi mendapatkan jawapan.
Dalam pada itu, Alicia juga sebelum ini turut bersuara dalam isu kandungan mata pelajaran Agama Islam tingkatan menengah atas di sekolah yang merangkumi hukuman bunuh terhadap individu murtad.
Katanya, dia tidak boleh menerima anak-anak sekolah diajar mengenai ilmu-ilmu tidak rasional sebegini.
Pada MH, eloklah sekiranya ada yang sudi menerangkan dengan lebih teliti kepada Alicia dan mereka yang ‘kurang arif’ mengenai hukum Islam supaya tidak ada yang ‘salah faham.
Foto/Instagram: Alicia Amin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI