
“Biarlah ‘sang mantan’ jadi mantan, kita move on.”
Demikian respon keyboardist kumpulan Nidji, Randy Danistha saat menjawab pertanyaan mengapa lagu, Sang Mantan tiada di dalam senarai lagu yang akan dibawakan di Konsert Nidji 2:3 The New Chapter yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, malam ini.
Menurutnya, pada konsert kali ini, Nidji mahu mengetengahkan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album terbaharu mereka yang berjudul, Menifestasi Hati dan beberapa lagu hits yang lain.
Pada masa sama, Randy turut memaklumkan konsert di Malaysia ini bakal menjadi momen istimewa buat Nidji yang bakal menyambut ulang tahun ke-23 Fubuari ini.
“Konsert solo ini sekali gus menjadi perayaan 23 tahun Nidji bersama. Seperti lagu kami, ini juga melambangkan erti sahabat.
“Kami mahu jadikan Febuari ini sebagai salah satu momen untuk kami kembali bangkit setelah lama terpuruk.
Kami enam sahabat masih di sini dan ingin memberikan persembahan terbaik khususnya di Malaysia,” katanya lagi.
Tak Sabar Nak Hiburkan Peminat Di Malaysia
Sementara itu, vokalisnya Muhammad Yusuf Nur Ubay akui Nidji tidak sabar untuk kembali mengadakan konsert solo selepas hampir 18 tahun tidak mengadakan konsert di negara ini.
“Untuk konsert pada 2 Februari ini, kita sudah melakukan persiapan yang rapi dan sudah tentu kami ingin berikan yang terbaik buat peminat di Malaysia.
“Kami juga sudah berlatih seperti konsert sebenar selama dua hari. Malah, kami turur menyusun set list mengikut urusan yang sesuai.
“Kami juga akan adakan segmen-segmen istimewa untuk teman-teman di Malaysia. Semoga semuanya datang dengan gembira dan pulang dengan membawa memori indah,” katanya lagi.
Terdahulu, Konsert Nidji 2.3: The New Chapter diaanjurkan MND Sport & Event.
Malah, kumpulan Malaysia, Kugiran Masdo turut akan membuat penampilan istimewa bersama Nidji, malam ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI