Uncategorized

Bertemakan Warna Hitam Dan Elegan, Fathia Latiff Sambut Hari Jadi Yang Ke-33

Share

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latif telah meraikan sambutan majlis hari ulang tahun kelahiran yang ke-33 tahun bersama rakan-rakannya.

Majlis sambutan yang bertemakan warna hitam itu diraikan dalam serba ringkas, namun ia tetap kelihatan sangat elegan.

Bintang drama bersiri Dia Isteri Luar Biasa ini berkongsi momen indah itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Pada masa yang sama, rata-rata peminat menitipkan ucapan doa agar aktres berkenaan dipanjang umur dan dimurahkan rezeki.

Untuk rekod, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff telah dilahirkan pada 1 September 1987 di Ayer Hitam, Pulau Pinang.

Foto: Instagram Fathia Latiff

IKLAN